window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak perlu diesel, Toyota dedah Hilux 2024 MHEV 48V; 100% guna bahan api boleh diperbaharui

Faisal · Dec 6, 2023 11:40 AM

Tak perlu diesel, Toyota dedah Hilux 2024 MHEV 48V; 100% guna bahan api boleh diperbaharui 01

Toyota telahpun mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan versi hibrid sederhana untuk Toyota Hilux pada pertengahan 2024 di beberapa pasaran. Eropah dan Australia pula sudah disebut.

Secara teknikal, Toyota Hilux MHEV ini memperlihatkan penambahan satu penjana motor yang dipacu tali sawat untuk membantu pecutan dan memulihkan semula tenaga yang terbazir sewaktu kenderaan melahu atau membrek.

Tak perlu diesel, Toyota dedah Hilux 2024 MHEV 48V; 100% guna bahan api boleh diperbaharui 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa-apapun, ia bukanlah hibrid penuh seperti Toyota Corolla Cross Hybrid. Ia tidak boleh dipandu oleh elektrik. Motor kecil itu sebenarnya tidak memandu roda tetapi ia memberikan lebih tork kepada crankshaft.

Enjin 2.8L turbodiesel 1GD-FTV yang digunakan pula adalah unit sama tetapi untuk pasaran seperti Eropah, ia ditala semula bagi menepati piawaian pelepasan Euro 6d. Dalam pasaran terlibat, enjin itu dipadankan dengan komponen tambahan seperti Diesel Oxidisation Catalyst, Diesel Particulate Filter, Selective Catalytic Reduction (SCR) dan Urea Injection. Walau bagaimanapun, outputnya kekal sama pada 204 PS (DIN hp)/500 Nm.

Tak perlu diesel, Toyota dedah Hilux 2024 MHEV 48V; 100% guna bahan api boleh diperbaharui 01

Enjin Euro 6 menerapkan intercooler pada bahagian atas. Model di pasaran kita menggunakan jenis di depan.

Di samping itu, Hilux pasaran Eropah boleh menggunakan 100% bahan api boleh diperbaharui, termasuklah sisa minyak masak, spesifiknya HVO (Hydrotreated Vegetable Oil). Untuk Hilux, ia boleh pakai HVO100 (bukan unik kepada Toyota) di mana diesel langsung tidak diperlukan.

Apa-apapun, sekiranya HVO tiada, diesel tetap boleh digunakan.

Juga bacaIni adalah 'kereta kebangsaan' baru Thailand - Toyota Hilux Champ 2024 dilancarkan secara rasmi, daripada RM 61k!

Tak perlu diesel, Toyota dedah Hilux 2024 MHEV 48V; 100% guna bahan api boleh diperbaharui 02

Sama seperti kebanyakan hibrid dan EV, bateri 12V tetap digunakan untuk membekalkan kuasa ke aksesori kereta seperti lampu, infotainment atau pengera.

48V yang dimaklumkan awal tadi sebenarnya bermaksud arkitektur elektrik yang disambungkan dengan arkitektur 12V melalui pembolehubah DC-DC untuk menaik atau menurunkan voltan di antara 48V dan 12V, mengikut keperluan.

Tak perlu diesel, Toyota dedah Hilux 2024 MHEV 48V; 100% guna bahan api boleh diperbaharui 03

Dalam mod menjana, tenaga dikaut apabila Hilux diperlahankan, sekaligus akan mengecas bateri litium 48V 7.6 kg yang dipasangkan di bawah tempat duduk belakang.

Dalam mod pandu motor pula, unit itu mengambil tenaga daripada bateri tersebut dan menambah 16 PS/65 Nm kepada enjin Hilux melalui tali sawat yang bersambung dengan crankshaft. Output enjin ini kekal sama kerana kuasa dan tork maksimum enjin dan motor adalah pada rpm berbeza. Selain itu, fungsi start-stop juga boleh kekal mematikan enjin untuk jangka masa lebih panjang.

Tak perlu diesel, Toyota dedah Hilux 2024 MHEV 48V; 100% guna bahan api boleh diperbaharui 04

Menurut Toyota, penggunaan bahan api Hilux MHEV adalah kurang 5% berbanding model selama ini. Rpm bersahaja buat enjinnya juga lebih rendah iaitu dari 720 rpm kepada 600 rpm.

Kadar tunda dan angkut pula kekal pada 3,500 kg dan 1,000 kg, sama seperti ketinggian selam air pada 700mm.

Selain memberikan sifat kalis air pada bateri 48V dan pembolehubah DC-DC, tali sawat yang Toyota gunat dibangunkan dengan sifat anti-gelincir dan struktur lebih kuat.

Juga bacaToyota EPU Concept - Hilux lebih kecil ini pakai trenkuasa EV dan platform monocoque

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia