window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Foodtruck terbakar di PJ - Lans Koperal Ezwan jadi hero, bertindak pantas!

Mersita · Jul 16, 2021 02:00 PM

Foodtruck terbakar di PJ - Lans Koperal Ezwan jadi hero, bertindak pantas! 01

Sebuah kenderaan lori ‘food truck’ Di Gua Qiu Golden Sweet Potato Ball dijilat api dan musnah teruk dalam satu kejadian di hadapan Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya pada petang semalam kira-kira jam 6 pm.

Namun, berkat tindakan pantas seorang anggota polis, kebakaran tersebut berjaya ditangani dengan segera sebelum ia mengakibatkan lebih banyak kerosakan.

Foodtruck terbakar di PJ - Lans Koperal Ezwan jadi hero, bertindak pantas! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lans Koperal 205571 Ezwan yang bertugas dalam Unit Rondaan Bermotorsikal (URB SP 18) ketika itu sedang membuat lawatan di 7 Eleven Pekan Seksyen 14 di sana apabila beliau ternampak ‘food truck’ menjual bebola ubi manis itu sedang terbakar dan kepulan asap hitam menyelubungi kawasan itu.

Foodtruck terbakar di PJ - Lans Koperal Ezwan jadi hero, bertindak pantas! 01

Pegawai polis berkenaan telah bertindak pantas dengan menarik keluar dua tong gas semasa api sedang marak dan berjaya memadamkan kebakaran dengan dibantu oleh orang awam. Pemilik ‘food truck' berkenaan pergi ke Balai polis Sea Park untuk membuat laporan polis.

Foodtruck terbakar di PJ - Lans Koperal Ezwan jadi hero, bertindak pantas! 02

Polis Daerah Petaling Jaya memuji tindakan pantas pegawai berkenaan dalam satu muatnaik di laman Facebook dengan kata-kata, “Hanya satu kebaikan (diperlukan) dalam sehari.”

Terbaik, Lans Koperal Ezwan! Kami hargai khidmat serta kecekapan anda. Tabik juga pada orang awam yang membantu secara sukarela.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda