window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ford Escort RS Turbo Series 1 milik Puteri Diana dilelong RM 3.8 juta, pilihan 'rare' untuk 'royals'

Mersita · Aug 30, 2022 10:00 AM

Ford Escort RS Turbo Series 1 milik Puteri Diana dilelong RM 3.8 juta, pilihan 'rare' untuk 'royals' 01

Kredit foto: (kiri) Silverstone Auctions, (kanan) Brendan Beirne/Shutterstock 

Ada sebabnya mengapa mendiang Puteri Diana cukup disegani dan menjadi ikon pada zaman 80an. Antaranya adalah ‘selera’ dan pilihannya yang mengagumkan – bukan saja dalam fesyen, malah juga dalam pilihan kenderaannya. Maka, tak hairanlah jika kereta peribadi milik ikon kerabat diraja British ini, iaitu sebuah 1985 Ford Escort RS Turbo Series 1 meraih nilai sehingga GBP 724,500 atau kira-kira RM 3.8 juta!

Ford Escort RS Turbo Series 1 milik Puteri Diana dilelong RM 3.8 juta, pilihan 'rare' untuk 'royals' 02

Kredit foto: Silverstone Auctions

Kereta milik Princess of Wales itu dilelong dalam satu acara lelongan di litar perlumbaan Silverstone pada Sabtu lalu. Hot hatch berwarna hitam menawan itu, menurut Bloomberg News, kini bernilai lebih 10 kali lebih mahal berbanding model sama yang dilelong pada 2021 – membuktikan pengaruh Diana masih kuat sehingga ke hari ini.

Ford Escort RS Turbo Series 1 milik Puteri Diana dilelong RM 3.8 juta, pilihan 'rare' untuk 'royals' 03

Ford Escort RS Turbo Series 1 milik Puteri Diana dilelong RM 3.8 juta, pilihan 'rare' untuk 'royals' 04

Kredit foto: Silverstone Auctions

Tambahan pula, Escort RS Turbo ini cukup istimewa kerana ia selalunya dihasilkan dengan kemasan cat putih, namun kereta Diana diberi layanan khas bagi mengikut protokol rasmi keluarga diraja berkenaan. Ketika dilelong, ‘mileage’ kereta ini hanyalah 40,171 km.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memetik laporan portal Car and Driver, model ini merupakan Escort generasi ketiga yang paling berkuasa; 132 PS pada 6,000 rpm dan 180 Nm pada 3,000 rpm. Bagi eranya, jentera ini sudah cukup pantas dan jaguh di jalan raya.

Ford Escort RS Turbo Series 1 milik Puteri Diana dilelong RM 3.8 juta, pilihan 'rare' untuk 'royals' 01

Kredit foto: Silverstone Auctions

Ibu kandung kepada putera mahkota Prince William itu adalah seorang wanita yang amat disegani di seluruh dunia, dan mendiang cukup terkenal dengan pilihannya yang berani dan lain daripada yang lain.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda