window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gara-gara sentuh sensitiviti agama, lelaki ini dipukul 'rider' FoodPanda!

Khairil ยท Jun 12, 2021 11:15 AM

Gara-gara sentuh sensitiviti agama, lelaki ini dipukul 'rider' FoodPanda! 01

Tindakan tidak sepatutnya seorang individu mempermainkan isu agama mengundang padah apabila dia dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan penghantar makanan sebelum turut dicekup pihak berkuasa.

Gara-gara sentuh sensitiviti agama, lelaki ini dipukul 'rider' FoodPanda! 02

Dipercayai, kejadian berlaku selepas tular satu video yang menunjukkan lelaki berkenaan menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama untuk membuat pesanan makanan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia lantas menimbulkan kemarahan yang menyaksikan kumpulan penghantar makanan berkenaan mengambil tindakan sendiri untuk menyerbu ke rumah individu terbabit yang terletak di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya.

Gara-gara sentuh sensitiviti agama, lelaki ini dipukul 'rider' FoodPanda! 01

Begitupun, tindakan itu turut menyalahi undang-undang dengan pihak polis kemudian menahan seramai enam lelaki warga tempatan terdiri daripada lima penghantar makanan dan seorang pelanggan susulan kejadian berkenaan.

Gara-gara sentuh sensitiviti agama, lelaki ini dipukul 'rider' FoodPanda! 02

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan polis pada pukul 2.30 petang (semalam) daripada seorang penghantar makanan berusia 19 tahun di Balai Polis Sungai Way.

Gara-gara sentuh sensitiviti agama, lelaki ini dipukul 'rider' FoodPanda! 03

“Pengadu juga telah membuat tangkap layar pesanan tersebut sebelum menularkan di aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan tersebut.

“Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan kumpulan penghantar makanan itu dan mereka telah pergi ke rumah pelanggan tersebut yang terletak di kawasan Sungai Way dekat sini," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Gara-gara sentuh sensitiviti agama, lelaki ini dipukul 'rider' FoodPanda! 04

Susulan itu, pelanggan lelaki berusia 29 tahun itu telah dipukul oleh kumpulan terbabit dan kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.

“Tangkapan telah dibuat ke atas pelanggan dan lima penghantar makanan tersebut yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

Gara-gara sentuh sensitiviti agama, lelaki ini dipukul 'rider' FoodPanda! 05

“Kita masih mengesan lain-lain suspek yang masih bebas dan polis menasihatkan kepada masyarakat agar tidak menimbulkan apa-apa isu atau membuat provokasi yang menyentuh mana-mana agama dan bangsa lain yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat,” katanya.

Gara-gara sentuh sensitiviti agama, lelaki ini dipukul 'rider' FoodPanda! 06

Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan perkataan yang melukakan perasaan agama seseorang dan juga di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda