window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely dalam usaha untuk tembusi sektor telefon, peranti pintar. Hello, Geely?

Mersita ยท Sep 30, 2021 08:00 PM

Geely dalam usaha untuk tembusi sektor telefon, peranti pintar. Hello, Geely? 01

Kereta konsep Geely Vision Starburst digambarkan

Hubei Xingji Shidai Technology, sebuah syarikat diasaskan oleh Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li, telah mengumumkan yang ia akan menceburi sektor peranti mudah-alih.

Hubei Xingji Shidai telah memeterai satu perjanjian kerjasama strategik dengan Wuhan Economic and Technological Development Zone bagi menubuhkan sebuah syarikat yang akan berpengkalan di Wuhan, China.

Syarikat ini akan tertumpu kepada mengintegrasikan teknologi-teknologi serta sumber-sumber global bagi membangunkan peranti pintar dan telefon pintar bertaraf premium kepada pelanggan di seluruh dunia.

Geely dalam usaha untuk tembusi sektor telefon, peranti pintar. Hello, Geely? 02

Pengerusi Geely, Eric Li

Pengerusi Geely Holding Group, Eric Lee berkata, “Telefon dan peranti mudah-alih telah pantas berkembang menjadi terminal mudah-alih dan platform aplikasi yang bukan saja membolehkan pengguna untuk menikmati hasil inovasi dengan cara paling pantas, ia juga berfungsi sebagai satu jalan masuk untuk aplikasi-aplikasi otomotif yang lebih meluas. Ada hubungan rapat dalam teknologi disebalik kokpit kenderaan pintar dan teknologi perisian telefon pintar.”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely dalam usaha untuk tembusi sektor telefon, peranti pintar. Hello, Geely? 01

Geely telahpun mula membangunkan teknologi 5G New Radio (5G NR) sejak tahun 2018 lagi

Xingji Shidai merancang untuk memposisikan syarikat di dalam segmen premium di pasaran telefon pintar dengan memanfaatkan pengalaman meluas kumpulan Geely yang lebih besar dalam aspek rekaan, R&D, pengilangan pintar bertaraf tinggi, kecerdasan kenderaan, pembangunan perisian, dan rangkaian satelit orbit rendah yang sedang dirancang syarikat itu.

Geely telah meningkatkan pelaburannya dalam teknologi-teknologi baharu, sebahagian daripada rancangannya untuk berkembang ke dalam perusahaan teknologi mobiliti.

Pembangunan untuk peranti mudah-alih, satelit, dan aeromobiliti semuanya adalah sebahagian daripada program-program transformasi Geely yang terkini.

Geely dalam usaha untuk tembusi sektor telefon, peranti pintar. Hello, Geely? 02

Satelit berorbit rendah milik Geely

Baru saja dua hari lalu, satelit pertama Geely sudah lengkap dihasilkan dan dikeluarkan dari barisan produksi di Intelligent Satellite Production and Testing Centre di Taizhou, membuka jalan untuk usaha-usaha Geely dalam membangunkan satu ekologi mobiliti masa hadapan berintegrasi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda