window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hakim Danish takluk SIC MiniGP 2020, raih tiket perlumbaan Idemitsu Asia Telent Cup 2021

Khairil ยท Dec 21, 2020 03:00 PM

Hakim Danish takluk SIC MiniGP 2020, raih tiket perlumbaan Idemitsu Asia Telent Cup 2021 01

Seperti dijangka, pelumba kelahiran Terengganu, Muhammad Hakim Danish Ramli merangkul gelaran keseluruhan perlumbaan SIC MiniGP 2020 kelas 160cc sekaligus memberikannya tiket beraksi di perlumbaan Idemitsu Asia Talent Cup musim 2021.

Pada perlumbaan pusingan 3 dan 4 yang juga saingan penutup tirai saingan SIC MiniGP 2020 hujung minggu lalu, Hakim Danish jelas berada di kelas tersendiri apabila menjuarai kedua-dua perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Kart Sepang (SIKC) itu.

Hakim Danish takluk SIC MiniGP 2020, raih tiket perlumbaan Idemitsu Asia Telent Cup 2021 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sementara itu dalam kelas 110cc, seorang lagi pelumba cilik kelahiran Terengganu, Qabil Irfan Azlan membuktikan kejaguhannya apabila meraih gelaran keseluruhan kategori 110cc.

Susulan kemenangan berkenaan, Hakim Danish akan membawa nama Malaysia untuk bersaing dengan pelumba-pelumba Asia berkualiti lain seperti dari Jepun, Indonesia, Thailand serta beberapa lagi negara di perlumbaan Idemitsu Asia Talent Cup musim depan.

Hakim Danish takluk SIC MiniGP 2020, raih tiket perlumbaan Idemitsu Asia Telent Cup 2021 01

Perlumbaan SIC MiniGP musim 2020 yang pada mulanya dijadualkan sebanyak 5 pusingan dan 12 perlumbaan namun ia terpaksa dipendekkan kepada 4 pusingan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Azhan Shafriman Hanif mengakui beliau berpuas hati dengan penganjuran sulung perlumbaan SIC MiniGP yang dilihat mencapai objektif mencungkil bakat-bakat muda negara.

Hakim Danish takluk SIC MiniGP 2020, raih tiket perlumbaan Idemitsu Asia Telent Cup 2021 02

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepan, Azhan Shafriman Hanif

“Ini adalah tahun pertama program akar umbi seumpama ini diadakan di Malaysia dan kita berjaya mencungkil bakat seawal umur 8 tahun.

"Saya percaya lebih banyak bakat pelumba-pelumba cilik akan dicungkil melalui program ini untuk tahun-tahun yang akan datang dan kami akan memastikan lebih banyak peningkatan akan dilakukan untuk tahun depan dan seterusnya.

Hakim Danish takluk SIC MiniGP 2020, raih tiket perlumbaan Idemitsu Asia Telent Cup 2021 03

"Dengan adanya program ini, kita akan memastikan kesinambungan pelapis-pelapis pelumba untuk mara ke peringkat antarabangsa. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan juga DORNA Sports S.L, sebagai penganjur Asia Talent Cup di atas sokongan dan kepercayaan mereka terhadap program ini sekaligus memberi harapan untuk merealisasikan impian mereka ke MotoGP. ”

Hakim Danish takluk SIC MiniGP 2020, raih tiket perlumbaan Idemitsu Asia Telent Cup 2021 04

Sementara itu, Pengurus Pasukan ZK Racing Zulfahmi Khairuddin mengakui gembira prestasi yang ditampilkan anak didiknya dalam perlumbaan berkenaan.

“Saya sangat gembira dapat menamatkan Kejohanan SIC MiniGP yang buat pertama kali dianjurkan ini dengan berjaya.

 

Hakim Danish takluk SIC MiniGP 2020, raih tiket perlumbaan Idemitsu Asia Telent Cup 2021 05

"Walaupun kita terpaksa membuat beberapa penangguhan kalendar musim 2020 akibat impak COVID-19, namun kami menggunakan kelebihan masa itu untuk pelumba-pelumba berlatih fizikal dan mental, rancangan pemakanan, komunikasi, pendedahan kepada teknik menunggang serta strategi perlumbaan.

Hakim Danish takluk SIC MiniGP 2020, raih tiket perlumbaan Idemitsu Asia Telent Cup 2021 06

"Saya harap pelumba-pelumba dapat menggunakan pengalaman dan pengajaran daripada program ini sebaik-sebaiknya. Apa yang saya harapkan supaya kita dapat melahirkan pelumba yang bertaraf dunia yang lebih laju dan disiplin di masa yang akan datang."

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda