window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga RFID bakal lebih murah? LLM akan berbincang dengan PLUS, Touch 'n Go

Haris · Jan 19, 2022 11:59 AM

Harga RFID bakal lebih murah? LLM akan berbincang dengan PLUS, Touch 'n Go 01

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dilaporkan bersedia untuk bertemu dengan PLUS Malaysia Berhad dan Touch ‘n Go untuk membincangkan mengenai harga pelekat RFID supaya lebih murah.

Menurut laporan FMT, sumber memberitahu bahawa kerajaan sedang berusaha untuk mencari jalan penyelesaian mengenai pelaksanaan RFID yang membangkitkan kemarahan orang ramai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Tinjauan: Laluan Touch N Go sesak, Smart TAG ditukarkan kepada lorong RFID di plaza tol

Harga RFID bakal lebih murah? LLM akan berbincang dengan PLUS, Touch 'n Go 01

“Pelekat berharga RM35 tersebut tidak boleh dipasang di dalam kereta."

“Justeru pengguna terpaksa melekatkannya pada bahagian luar cermin depan atau pada lampu depan," tambah sumber tersebut.

“Masalahnya ialah posisi tersebut menyebabkannya haus dan lusuh. Malah, ia juga dilaporkan boleh rosak selepas beberapa kali mencuci kereta.”

Dia juga mengakui bahawa perkara ini telah menimbulkan rungutan dalam kalangan pengguna jalan raya mengenai kos pertukaran kepada RFID.

Harga RFID bakal lebih murah? LLM akan berbincang dengan PLUS, Touch 'n Go 02

Ya, kenderaan tersebut sedang berpatah balik

“Idea untuk beralih kepada RFID daripada Touch ‘n Go dan SmarTAG adalah idea yang bagus, tetapi semuanya mesti berjalan lancar,” katanya. 

"Kerajaan telah memberitahu PLUS dan Touch 'n Go untuk memastikan semuanya teratur."

Harga pelekat RFID menjadi isu hangat apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memuat naik hantaran di Facebook rasmi beliau mengenai harga pelekat RFID yang sebenarnya berharga kurang dari RM 1 dijual pada harga RM 35.

Beberapa pengguna RFID tampil menyanggah hantaran tersebut dengan menyatakan bahawa pelekat RFID adalah sekali dengan pakej teknologi dan hak intelektual disebaliknya.

Baca: Najib: Harga pelekat RFID sebenarnya kurang daripada RM 1, tapi pengguna membayar RM 35

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda