window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga Tesla Model 3 dan Model Y turun RM 8k, adakah BYD Malaysia akan bangkit berlawan?

Faisal ยท Apr 26, 2024 10:29 AM

Harga Tesla Model 3 dan Model Y turun RM 8k, adakah BYD Malaysia akan bangkit berlawan? 01

Tesla Malaysia nampaknya baru sahaja menurunkan harga Model 3 dan Model Y. Semua model/varian kecuali Model 3 Performance telah dipotong sebanyak RM 8k.

Dengan itu, harga terkini buat model Tesla Malaysia adalah seperti berikut:

  • Tesla Model 3 Rear-Wheel Drive: RM 181,000
  • Tesla Model 3 Long Range All-Wheel Drive: RM 210,000
  • Tesla Model 3 Performance All-Wheel Drive: RM 242,000
  • Tesla Model Y Rear-Wheel Drive: RM 191,000
  • Tesla Model Y Long Range All-Wheel Drive: RM 238,000
  • Tesla Model Y Performance All-Wheel Drive: RM 280,000

Perkara ini secara tidak langsung meletakkan penawaran Tesla Model 3 lebih sengit dengan BYD Seal, dengan berbezaan kurang daripada RM 1k.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai rujukan, harga BYD Seal ditawarkan seperti berikut:

  • BYD Seal Premium: RM 180,430
  • BYD Seal Performance: RM 200,430

Harga Tesla Model 3 dan Model Y turun RM 8k, adakah BYD Malaysia akan bangkit berlawan? 01

Walaupun harga Tesla Model 3 kini lebih menarik, membeli sebuah Tesla memerlukan anda membuat semua urusan secara sendiri. Tiada pengedar atau penasihat jualan yang akan bantu anda dalam urusan pembiayaan, insurans dan pendaftaran kenderaan.

BYD pula seperti apa yang kita sudah biasa. Malah, BYD mempunyai rangkaian pusat servis yang lebih besar untuk membantu anda dari segi perkhidmatan selepas jualan.

Dalam hal ini, Tesla sudah tentu akan berlawan melalui debat seperti aplikasi percuma yang lebih mudah, rangkaian pengecas Supercharger, perisian lebih canggih dan kos penyelenggaraan lebih rendah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Tesla Model 3 RWD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia