window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harley-Davidson Sportster S kini di Malaysia, rekaan cetus kagum, harga asas RM 92.9k!

Khairil ยท Oct 21, 2021 07:00 PM

Harley-Davidson Sportster S kini di Malaysia, rekaan cetus kagum, harga asas RM 92.9k! 01

Salah satu model yang diharap menjadi 'penyelamat' syarikat pengeluar terkemuka Amerika Syarikat, Harley-Davidson iaitu Sportster S akhirnya mendarat di pasaran Malaysia bersama harga menarik RM 92,900 (asas). 

Disifatkan sebagai model 'laku keras' jenama berkenaan di serata dunia, model Sportster memiliki sejarah panjang sejak debutnya pada 1957 dan Sportster S diharapkan dapat menyambung legasi berkenaan.

Juga baca: Harley-Davidson Sportster S 2021 sudah tiba, lebih premium, berkuasa guna enjin Revolution Max!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harley-Davidson Sportster S kini di Malaysia, rekaan cetus kagum, harga asas RM 92.9k! 01

Tampil sebagai model konsep sejak tiga tahun lalu dengan nama 1250 Custom, Harley-Davidson memperkenalkan Sportster S secara rasmi atau 'global debut' pada Julai lalu.

Harley-Davidson Sportster S kini di Malaysia, rekaan cetus kagum, harga asas RM 92.9k! 02

Dan selepas beberapa bulan, model yang tampil dengan rekaan menarik dan radikal ini akhirnya berada di Malaysia dan menyertai satu lagi model yang dianggap penyelamat oleh jenama berkenaan, Pan America.

Juga baca: Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250

Harley-Davidson Sportster S kini di Malaysia, rekaan cetus kagum, harga asas RM 92.9k! 03

Seperti model 'Adventure Touring' Pan America, Sportster S mengunakan enjin 1,252 cc 1250 Revolution Max, V-Twin, DOHC, Penyejuk Cecair dengan kuasa yang dihasilkan setinggi 121 Hp dan tork 127 Nm.

Harley-Davidson Sportster S kini di Malaysia, rekaan cetus kagum, harga asas RM 92.9k! 04

Angka berkenaan sekaligus menjadikan Sportster S antara model paling berkuasa dalam katalog Harley-Davidson dan turut datang dengan ciri variable valve timing (VVT) dan ‘self-adjusting lifters yang turut ada pada model Pan America.

Juga baca: LiveWire ONE dilancar, lebih murah dari 'saudaranya' Harley-Davidson LiveWire, hanya RM 92k!

Harley-Davidson Sportster S kini di Malaysia, rekaan cetus kagum, harga asas RM 92.9k! 05

Sebagai model premium, Sportster S turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri canggih dan berteknologi tinggi antaranya 6-axis IMU yang mengawal cornering ABS, traction control dan Drag-Torque Slip Control.

Harley-Davidson Sportster S kini di Malaysia, rekaan cetus kagum, harga asas RM 92.9k! 06

Selain itu, ia turut memiliki mod tunggangan, Sport, Road, Rain dan Custom bagi menghasilkan pengalaman tunggangan yang lebih baik.

Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) 43 mm juga dari Showa dan penyerap hentakan belakang (jenis piggyback) boleh laras juga dari Showa.

Harley-Davidson Sportster S kini di Malaysia, rekaan cetus kagum, harga asas RM 92.9k! 07

Sistem henti menggunakan cakera tunggal 320 mm bersama kaliper Brembo jenis radial di bahagian depan dan cakera tunggal 260 mm belakang.

Juga baca: Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900

Harley-Davidson Sportster S kini di Malaysia, rekaan cetus kagum, harga asas RM 92.9k! 08

Ciri-ciri menarik dan informasi mengenai Sportster S lain adalah penggunaan kluster meter TFT 4 inci lengkap dengan sambungan Bluetooth, lampu LED penuh, berat 228 kg, soket USB-C, tangki 11.8 liter dan Kawalan Jelajah.

Harley-Davidson Sportster S kini di Malaysia, rekaan cetus kagum, harga asas RM 92.9k! 09

Kepada yang berminat untuk melihat sendiri Harley-Davidson Sportster S secara bersemuka, mereka boleh melakukannya Hari Terbuka Khas Harley-Davidson di semua cawangan pengedar jenama itu di Petaling Jaya, Penang dan Johor yang dijadual 30 hingga 31 Oktober ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda