Honda Forza 250 kini di Malaysia, tiga pilihan warna, harga RM 25,388
Khairil · Mar 19, 2021 09:00 PM
Persaingan dalam segmen skuter maxi di pasaran tempatan terus 'meriah' menerusi kehadiran Honda Forza 250 yang dibawa masuk Boon Siew Honda (BSH) dengan tawaran harga RM 25,388.
Seperti Forza 250 2021 yang baru dilancarkan di pasaran Indonesia bulan lalu, ia mendapat beberapa kemas kini menarik antaranya penggunaan teknologi enjin eSP+ (enhanced Smart Power+) yang baharu.
Skuter yang dilihat sebagai pesaing terus kepada Yamaha XMax ini menggunakan enjin bersesaran 249 cc, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC dengan sistem PGM-FI dan dipadankan dengan transmisi automatik.
Kuasa yang dihasilkan adalah 22.7 Hp pada 7,750 rpm serta 22.6 Nm pada 6,250 rpm.
Untuk keselesaan, sistem suspensi skuter inin menggunakan fork depan jenis teleskopik serta penyerap hentakan belakang berkembar dengan penggunaan brek cakera depan dan belakang bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Selain itu, ia turut datang dengan fungsi Emergency Stop Signal (ESS), Honda Selectable Torque Control (HSTC), Honda Smart Key dan pengecas USB.
Ciri-ciri lain yang ada pada skuter ini adalah penggunaan lampu LED penuh, penghadang angin 180 mm boleh laras secara elektronik bersama ruang bawah pelana yang boleh mengisi dua helmet.
Pearl Horizon White
Seperti skuter lain dalam kelasnya, Honda Forza 250 dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 11.7 liter yang sesuai bagi tunggangan jarak jauh.
Matte Gunpowder Black Metallic
Pilihan warna yang boleh dipilih pengguna ialah Matte Gunpowder Black Metallic, Pearl Horizon White dan Candy Rosy Red.
Candy Rosy Red
Di pasaran Malaysia, selain Yamaha XMax, persaingan dalam segmen skuter maxi 250 cc turut diisi Modenas Elegan 250 ABS dan skuter terbaru dari WMoto, WMoto RT3.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.
Komen