window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Impian sambut Aidilfitri tak kesampaian, budak lelaki terjatuh dari Honda Dash maut digilis lori!

Khairil ยท Apr 30, 2021 11:00 AM

Impian sambut Aidilfitri tak kesampaian, budak lelaki terjatuh dari Honda Dash maut digilis lori! 01

Tragedi yang cukup menyedihkan berbaki kurang dua minggu sebelum sambutan Aidilfitri apabila seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut akibat kemalangan ngeri digilis lori arang batu di Felda Neram, Kemaman, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa Muhammad Nur Rifqi Khairilamru yang membonceng motosikal Honda Dash ditunggang neneknya terjatuh sewaktu melalui laluan berbukit sebelum digilis.

Impian sambut Aidilfitri tak kesampaian, budak lelaki terjatuh dari Honda Dash maut digilis lori! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kemalangan itu menyaksikan Muhammad Nur Rifqi yang juga murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Felda Neram 1 maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa bersama neneknya, Sapor Mad Zin, 59, dan seorang lagi sepupu, Ton Muhammad Shafiq Ilham Ton Mohd Ali, 7, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Baru Felda Neram 1 dari ladang berhampiran.

Impian sambut Aidilfitri tak kesampaian, budak lelaki terjatuh dari Honda Dash maut digilis lori! 01

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang merupakan laluan berbukit, motosikal dinaiki mereka hilang kawalan menyebabkan mangsa terjatuh sebelum dirempuh sebuah lori membawa muatan arang batu yang berada di belakang.

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa cedera parah pada kepala, tangan dan kaki,” katanya.

Impian sambut Aidilfitri tak kesampaian, budak lelaki terjatuh dari Honda Dash maut digilis lori! 02

Hanyan berkata, motosikal dinaiki mereka kemudianya terbabas menyebabkan Sapor dan cucunya, Ton Muhammad Shafiq Ilham cedera ringan akibat terjatuh.

Memetik laporan Kosmo!, bapa mangsa, Khairilamru Abdul Rani, 36, berkata anaknya Muhammad Nur Rifqi yang mesra dipanggil Angah teruja untuk pulang ke kampung neneknya di Kampung Tok Saboh, Besut untuk menyambut Aidilfitri.

Impian sambut Aidilfitri tak kesampaian, budak lelaki terjatuh dari Honda Dash maut digilis lori! 03

“Angah beriya-iya memberitahu mahu tinggal lebih lama di rumah neneknya yang juga ibu saya untuk menghabiskan cuti sekolah.

“Hujung minggu lalu, saya dan isteri, Nor Hidayah Ramli, 28, yang sedang hamil lima bulan telah membeli baju raya yang akan digayakan ketiga-tiga anak kami termasuk Angah semasa Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Kemaman.

Impian sambut Aidilfitri tak kesampaian, budak lelaki terjatuh dari Honda Dash maut digilis lori! 04

Sementara itu, Nor Hidayah yang masih terkejut dan trauma dengan kejadian tersebut enggan ditemubual dan dilihat acap kali mengesat air matanya dengan sehelai baju dipercayai milik Muhammad Nur Rifqi.

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda