window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

IPD jadi 'bengkel' sementara, tukar balik ekzos 'perang' kepada standard!

Khairil ยท Mar 3, 2021 01:00 PM

IPD jadi 'bengkel' sementara, tukar balik ekzos 'perang' kepada standard! 01

Bukan saja dikompaun, malah beberapa individu terpaksa menjadi 'mekanik segera' apabila diarahkan untuk menukar kembali ekzos mereka kepada keadaan asal di perkarangan Ibu Pejabat Polis (IPD).

Itu yang berlaku kepada 10 individu yang didapati mengubah suai ekzos motosikal mereka secara keterlaluan dan tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan pihak berkuasa.

IPD jadi 'bengkel' sementara, tukar balik ekzos 'perang' kepada standard! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memetik laporan Kosmo!, kesemua individu yang berusia 18 hingga 25 tahun termasuk seorang perempuan itu diarahkan untuk membawa semula ekzos ‘standard’ ke IPD Kuala Selangor bagi proses penukaran semula ekzos berkenaan.

Tindakan itu dibuat berikutan Operasi Ubah Suai Ekzos yang dibuat di sekitar daerah berkenaan bermula pukul 5 petang hingga 8 malam, Ahad lalu yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (BSPT) IPD ini.

IPD jadi 'bengkel' sementara, tukar balik ekzos 'perang' kepada standard! 01

Dalam operasi berkenaan, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menahan 12 buah motosikal.

Daripada jumlah berkenaan, 10 buah motosikal didapati melakukan kesalahan ujian paras bunyi terhadap ekzos yang telah diubah suai yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

Kesemua mereka dikatakan terpaksa berhempas pulas hampir empat jam untuk menukar semula ekzos mereka kepada spesikasi yang ditetapkan.

IPD jadi 'bengkel' sementara, tukar balik ekzos 'perang' kepada standard! 02

Menurut Ramli, rata-rata jenis motosikal yang melakukan kesalahan itu adalah jenis Yamaha Y15ZR dan LC 135 dengan siasatan mendapati mereka melakukan pengubahsuaian itu demi kepuasaan diri sendiri.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat seorang lelaki berusia 20-an sanggup menghabiskan sehingga RM7,000 untuk ‘melaram’ dengan motosikal idamannya,” katanya.

IPD jadi 'bengkel' sementara, tukar balik ekzos 'perang' kepada standard! 03

Seperti peribahasa 'Sudah jatuh ditimpa tangga', kesemua mereka turut dikenakan saman minimum RM 300 dibawah Kaedah 103 iaitu dibawah Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan) 1958 (L/N 170/1959) atas kesalahan Ubah Suai Ekzos manakala 17keping saman Pol 257 terhadap pelbagai kesalahan.

Selain itu, kompaun RM 300 juga dikenakan oleh pihak JAS kepada 10 individu tersebut mengikut Seksyen 48A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana gagal mematuhi had bunyi yang dibenarkan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda