window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isu ekzos bising, hukuman kepada pengguna saja tidak adil - PPMM

Khairil ยท Mar 5, 2021 10:00 AM

Isu ekzos bising, hukuman kepada pengguna saja tidak adil - PPMM 01

Isu membabitkan hukuman saman, sita malah penjara kepada pemilik motosikal yang memasang atau memodifikasi ekzos sehingga menjadi terlalu bising atau 'ekzos perang' cukup hangat diperkatakan ketika ini.

Ia berikutan operasi besar-besaran yang dilancarkan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama beberapa lagi agensi berkaitan terhadap kesalahan berkenaan.

Isu ekzos bising, hukuman kepada pengguna saja tidak adil - PPMM 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun, bagi Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), isu berkenaan dilihat seperti 'berat sebelah' dan perlu diperhalusi lebih mendalam.

Memetik laporan Harian Metro, bukan hanya pengguna perlu dikenakan hukuman, tetapi tindakan penguatkuasaan perlu dikenakan secara menyeluruh termasuk kepada penjual hinggalah kepada pengeluar ekzos.

Isu ekzos bising, hukuman kepada pengguna saja tidak adil - PPMM 01

Presidennya, Che Hassan Che Johan berkata, isu membabitkan modifikasi ekzos bukan baru malah kebanjiran kedai ekzos yang menyediakan khidmat mengubahsuai dan pemasangan sudah wujud lebih 30 tahun lalu.

Justeru katanya, adalah tidak adil untuk menyalahkan pengguna semata-mata terutamanya golongan muda yang mudah tertarik dengan spesifikasi kenderaan yang diubah suai termasuk penggunaan ekzos bising atau bingit.

Selain itu katanya, kerajaan juga perlu mempertimbangkan kebenaran mengeksport aksesori itu terutama dari negara jiran supaya ia tidak memasuki pasaran negara ini.

Isu ekzos bising, hukuman kepada pengguna saja tidak adil - PPMM 02

"Perlu adil dalam meletakkan kesalahan. Bila saman, pengguna yang kena. Ada yang mungkin akan disita kenderaan mereka. Dari satu sudut, barangan atau aksesori ini dijual secara terbuka, mengapa tidak dilarang penjualannya jika kita tidak mahu penggunaannya secara meluas.

"Saya kira, baik kereta atau motosikal atau apa jenis kenderaan bermotor sekalipun, sudah pasti akan ada penggemar modifikasi. Takkan kita nak salahkan pembeli yang berminat dengan pengubahsuaian pula," katanya.

Isu ekzos bising, hukuman kepada pengguna saja tidak adil - PPMM 03

Isu ekzos bising, hukuman kepada pengguna saja tidak adil - PPMM 04

Justeru, beliau berharap pihak berwajib memperhalusi perkara ini dan kajian mengenai puncanya perlu dijalankan bagi memastikan ia adil kepada kedua-dua pihak, peniaga dan juga pengguna..

Memetik laporan sebelum ini, mana-mana pemilik motosikal yang mengubah suai kenderaan menggunakan ekzos bising boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan pihak berkuasa.

Isu ekzos bising, hukuman kepada pengguna saja tidak adil - PPMM 05

Perkara itu tertakluk di bawah Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan baik.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda