window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jalan baru di P. Pinang pecah rekod jalan raya tertinggi di Malaysia, kini dibuka untuk orang awam

Mersita ยท Jan 14, 2022 07:00 PM

Jalan baru di P. Pinang pecah rekod jalan raya tertinggi di Malaysia, kini dibuka untuk orang awam 01

Fasa satu projek pembinaan Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) di Pulau Pinang kini telah dibuka kepada orang awam. Laluan sejauh 3.825 kilometer itu telah siap dibina pada 24 Disember lalu dan telah dirasmikan semalam.

Jalan baru di P. Pinang pecah rekod jalan raya tertinggi di Malaysia, kini dibuka untuk orang awam 02

Berketinggian 61.5 meter, projek pembinaan Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) Pulau Pinang mula dibina pada 2016 dan semua fasa dijangka siap sepenuhnya pada 2025. Fasa satu projek ini menelan kos RM378.2 juta dan dibiayai oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia lebih tinggi berbanding Lebuh Raya Rawang – Serendah (Rawang Bypass) yang mempunyai ketinggian 58.2 meter.

Jalan baru di P. Pinang pecah rekod jalan raya tertinggi di Malaysia, kini dibuka untuk orang awam 01

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata, laluan ini dibina untuk menampung pertambahan jumlah trafik di Bukit Kukus susulan perkembangan pesat negeri itu.

“Tempoh enam tahun perancangan dan juga pembinaan bukanlah satu tempoh yang mudah kerana sepanjang proses tersebut, Kerajaan Negeri berdepan dengan kritikan, kecaman dan lain-lain sehinggalah berjaya menyiapkan projek ikonik ini,” katanya ketika majlis perasmian dan pembukaan bahagian projek berkenaan semalam.

Jalan baru di P. Pinang pecah rekod jalan raya tertinggi di Malaysia, kini dibuka untuk orang awam 02

Secara keseluruhan, projek pembinaan Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong dibina melalui tiga fasa – fasa pertama oleh kerajaan negeri manakala fasa kedua dan ketiga dibiayai dan dibina oleh pihak pemaju swasta yang merangkumi jalan melalui tanah pembangunan masing-masing.

Jalan baru di P. Pinang pecah rekod jalan raya tertinggi di Malaysia, kini dibuka untuk orang awam 03

Dijangka siap sepenuhnya pada 2025, laluan sepanjang 5.5 kilometer ini menelan belanja kira-kira RM545.6 juta dan menghubungkan tiga laluan utama iaitu Paya Terubong (Jalan Thean Teik) – Bukit Jambul dan Balik Pulau – Jalan Tun Sardon.

Jalan baru di P. Pinang pecah rekod jalan raya tertinggi di Malaysia, kini dibuka untuk orang awam 04

Dengan ada jalan baru ini, penduduk di kawasan Paya Terubong dan Ayer Itam kini mempunyai laluan alternatif untuk ke kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau, dan sekitarnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda