window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jangkaan pembaharuan pada Honda City Hatchback facelift 2024 bukan hybrid di M'sia - RS, USB-C, AA/AP tanpa wayar & banyak lagi

Faisal · Apr 28, 2024 10:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eksterior: Wajah yang lebih moden

Jangkaan pembaharuan pada Honda City Hatchback facelift 2024 bukan hybrid di M'sia - RS, USB-C, AA/AP tanpa wayar & banyak lagi 01

Perubahan paling jelas boleh dilihat pada bahagian bampar depan dan mungkin juga reka bentuk roda baharu, sama seperti yang dibuat pada City Sedan.

Jangkaan pembaharuan pada Honda City Hatchback facelift 2024 bukan hybrid di M'sia - RS, USB-C, AA/AP tanpa wayar & banyak lagi 02

Di bahagian belakang pula tidaklah begitu ketara yang mana bamparnya diterapkan dengan lekuk yang lebih moden.

Jangkaan pembaharuan pada Honda City Hatchback facelift 2024 bukan hybrid di M'sia - RS, USB-C, AA/AP tanpa wayar & banyak lagi 03

Perbezaan pada bahagian gril

Untuk warna, model facelift dijangka kekal dengan pilihan Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Meteoroid Grey Pearl dan Crystal Black Pearl. Apa-apapun, terdapat spekulasi bahawa warna Stellar Diamond Pearl yang ada pada WR-V mungkin ditawarkan juga pada City Hatchback facelift.

Interior: Penyambungan tanpa wayar, port USB-C

Jangkaan pembaharuan pada Honda City Hatchback facelift 2024 bukan hybrid di M'sia - RS, USB-C, AA/AP tanpa wayar & banyak lagi 04

Bahagian ini pula lebih kepada jangkaan memandangkan Honda Malaysia selalunya mengesahkan kelengkapan interior hanya pada hari pelancaran. Tetapi berdasarkan kereta di Thailand dan City Sedan facelift yang sudahpun masuk ke pasaran kita pada tahun lepas, kita sudah boleh mengetahui sedikit sebanyak akan apa yang bakal ditawarkan.

Antara naik taraf yang akan diterapkan mungkin datang dalam bentuk port USB-C di belakang dan sokongan Android Auto/Apple CarPlay tanpa wayar.

Jangkaan pembaharuan pada Honda City Hatchback facelift 2024 bukan hybrid di M'sia - RS, USB-C, AA/AP tanpa wayar & banyak lagi 05

Selain itu, kluster analog pada varian petrol mungkin diganti dengan jenis grafik baharu yang lengkap dengan skrin berwarna 4.2 inci. Tempat duduk fabrik, kulit dan kemasan yang berkait pula mungkin tiada perubahan.

Honda Sensing: Ada LCDN dan LSF

Jangkaan pembaharuan pada Honda City Hatchback facelift 2024 bukan hybrid di M'sia - RS, USB-C, AA/AP tanpa wayar & banyak lagi 06

Pembaharuan paling ketara pada City Hatchback facelift ialah pada ADAS Honda Sensing ADAS di mana ia bakal didatangkan standard pada semua varian.

Selain penambahan ciri Lead Car Departure Notification (LCDN), kesemua varian petrol bukan hibrid lengkap dengan ciri ADAS seperti di bawah:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Lead Car Departure Notification (LCDN)

Trenkuasa: 1.5L NA DOHC NA kekal sama

Jangkaan pembaharuan pada Honda City Hatchback facelift 2024 bukan hybrid di M'sia - RS, USB-C, AA/AP tanpa wayar & banyak lagi 07

City Hatchback facelift akan kekal dengan pilihan nadi 1.5L NA (121 PS,145 Nm) dengan transmisi CVT, manakala varian hibrid e:HEV RS menggunakan enjin 1.5L i-MMD yang digandingkan dengan transmisi e-CVT.

Harga dan tarikh pelancaran

Dengan Sensing standard pada semua varian, harga Honda City Hatchback facelift dijangka mengalami kenaikan tetapi harga sebenar akan diumum sewaktu dilancarkan pada suku ke-2 nanti. Sebagai rujukan, ini harga Honda City Hatchback sekarang:

  • Honda City 1.5L S – RM 78,900
  • Honda City 1.5L E – RM 86,900
  • Honda City 1.5L V – RM 91,900
  • Honda City 1.5L V Sensing – RM 95,900
  • Honda City 1.5L RS – RM 109,900

Also read: Honda Malaysia sasar jual 95,000 kereta untuk 2024, bakal lancar 2 model baru - City Hatchback facelift hampir pasti

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda