window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City Hatchback 2024 facelift terdedah tanpa seurat benang di Thailand - debut menanti!

Faisal ยท Feb 5, 2024 10:03 AM

Honda City Hatchback 2024 facelift terdedah tanpa seurat benang di Thailand - debut menanti! 01

Gambar dari Facebook City Hatchback & City Turbo Thailand

Honda City facelift telahpun menembus pasaran kita pada Ogos tahun lepas. Pada masa yang sama, kelibat Honda City Hatchback facelift mula kelihatan di Thailand tetapi dalam bentuk samaran.

Juga bacaSpyshot: Thailand uji Honda City Hatchback 2023 facelift - akan dapat Low-Speed Follow?

Honda City Hatchback 2024 facelift terdedah tanpa seurat benang di Thailand - debut menanti! 02

Dan kini, perkembangan baharu yang dimuat naik dalam Facebook City Hatchback & City Turbo Thailand menunjukkan model ini tanpa seurat benang. Yang satu di perkarangan pusat Honda dan satu lagi di atas treler.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda City Hatchback 2024 facelift terdedah tanpa seurat benang di Thailand - debut menanti! 01

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa model kemaskini buat hatchback segmen B ini bakal debut tidak lama lagi. Menurut laporan sahih, ia bakal dirasmikan dalam acara Motor Expo 2024 di Thailand.

Berdasarkan apa yang dapat dilihat, ia tampil dengan pembaharuan kosmetik melalui reka bentuk bampar dan gril hadapan.

Secara logiknya, City Hatchback terbaharu ini dijangka menerapkan peningkatan dari segi kelengkapan, sama seperti City facelift.

Honda City Hatchback 2024 facelift terdedah tanpa seurat benang di Thailand - debut menanti! 02

Maksud di sini ialah ciri Lead Car Departure Notification (LCDN). Varian lebih atas pula dijangka hadir dengan ciri Low-Speed Follow (LSF).

Selain daripada itu, model di Thailand dijangka kekal dengan penawaran trenkuasa sama melalui nadi:

  • 1.0L VTEC Turbo 3-silinder; 122 PS/173 Nm, CVT
  • 1.5L hybrid i-MMD, (NA 4-silinder + 2 motor elektrik); 109 PS/253 Nm

Honda City Hatchback 2024 facelift terdedah tanpa seurat benang di Thailand - debut menanti! 03

Bagi anda yang belum tahu, enjin 1.5L NA DOHC i-VTEC (121 PS, 145 Nm) yang ada di pasaran kita tidak ditawarkan di Thailand kerana mereka perlu menepati piawaian Eco Car di sana untuk mendapat potongan harga.

Sebagai rujukan, City Hatchback di Malaysia yang ada sekarang dijual pada harga dan varian seperti berikut:

  • 1.5 S: RM 78,900
  • 1.5 E: RM 86,900
  • 1.5 V: RM 91,900
  • 1.5 V Sensing: RM 95,900
  • 1.5 RS e:HEV: RM 109,800

Juga bacaHonda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda