window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Android Auto & Apple CarPlay akhirnya akan tiba ke model Proton seterusnya - ehem, X70 'facelift'?

Zamil Syaheer · Feb 3, 2024 02:00 PM

Android Auto & Apple CarPlay akhirnya akan tiba ke model Proton seterusnya - ehem, X70 'facelift'? 01

Tahun 2024 mungkin akan menjadi tahun di mana semua orang berhenti bertanya kepada Proton tentang bila sokongan Android Auto dan Apple CarPlay (AA/CP) akan tersedia. Pada acara uji pandu media Proton S70 baru-baru ini, Proton mendedahkan bahawa ciri penyambungan ini akan membuat debut untuk model yang akan dilancarkan tahun ini.

Android Auto & Apple CarPlay akhirnya akan tiba ke model Proton seterusnya - ehem, X70 'facelift'? 02

Sumber

Proton tidak mendedahkan apa model yang akan datang ini tetapi kemungkinan besar ia adalah Proton X70 ‘facelift’ yang telah dikesan di jalan raya kita. X70 diperkenalkan pada tahun 2018. Dengan banyak pesaing baru seperti Toyota Corolla Cross dan Honda CR-V yang baru, jualan X70 sedikit terganggu.

Android Auto & Apple CarPlay akhirnya akan tiba ke model Proton seterusnya - ehem, X70 'facelift'? 03

Unit infotainment S70

"Kami masih dalam proses pembangunan bersama pembekal kami ACO Tech bagi ciri (AA/CP), dan ia akan diperkenalkan dalam model seterusnya yang akan datang," kata Pengarah Program Kenderaan Proton, Haizam Ghazali.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Ramai berharap tetapi Proton S70 2023 tetap tiada Apple CarPlay/Android Auto - ini sebabnya

Android Auto & Apple CarPlay akhirnya akan tiba ke model Proton seterusnya - ehem, X70 'facelift'? 01

Unit infotaniment X90

Android Auto dan Apple CarPlay tidak terdapat dalam seluruh rangkaian Proton dan ketiadaannya telah menjadi soalan yang berterusan setiap kali pelancaran model Proton. Sesetengah pemilik telah menggunakan unit hiburan ‘aftermarket’ atau proses ‘jailbreak’ perisian unit sedia ada untuk membolehkan ciri ini digunapakai.

Baca juga: Geely tembus Mexico dengan Geely Coolray 2024, ada Apple CarPlay! Ini wajah baru Proton X50?

"Saya sedar bahawa sesetengah pemilik mengambil langkah sendiri untuk menambah CP/AA ke dalam sistem hiburan, tetapi Tindakan ini boleh membatalkan waranti kereta," jelas Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah semasa sesi soal jawab ujian media S70.

Android Auto & Apple CarPlay akhirnya akan tiba ke model Proton seterusnya - ehem, X70 'facelift'? 02

Proton X70 sebelum 'facelift'

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sebahagian daripada perkakasan sedia ada beberapa model Proton memang menyokong AA/CP yang hanya memerlukan kemas kini perisian. Model-model di mana unit hiburan tidak menyokong AA/CP akan memerlukan peningkatan perkakasan.

"Perkakasan sesetengah model tidak boleh ditingkatkan walaupun perisian boleh dikemaskini," ungkap Roslan. Cip-cip tidak dapat membawa AA/CP kerana perkakasan yang dibangunkan di China menggunakan ciri penyambungan mereka sendiri seperti Baidu."

Beliau juga berkata bahawa Proton sedang mengkaji kemungkinan untuk menawarkan kemas kini perisian dan perkakasan ini untuk menyokong AA/CP bagi model-model Proton yang lebih lama.

Baca juga: Proton X50 2023 dengan pelekat samaran terlihat buat kali pertama - facelift menanti selepas kemaskini X70?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda