window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi

Faisal · Jan 7, 2024 10:00 AM

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 01

Tahun 2023 merupakan tahun yang luar biasa untuk industri automotif Malaysia kerana banyak pengeluar telah memperkenalkan model terkini mereka. Dari model facelift ke model serba baharu, pembeli di Malaysia kini disediakan dengan pelbagai pilihan kereta yang menarik. Di sini, kami ingin merumuskan 10 pelancaran kereta yang terhangat untuk tahun 2023.

1. Proton S70

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 02

Setelah sekian lama, Proton akhirnya melancarkan sedan baharu ke dalam barisan modelnya iaitu Proton S70. Pengeluar kereta menyebutnya sebagai sedan segmen C dan meletakkannya di atas Persona yang bersegmen B. Berbanding Honda City, Proton S70 85 mm lebih panjang dan 72 mm lebih lebar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 01

S70 secara amnya adalah versi "rebadged" daripada Geely Emgrand dan hadir dalam empat varian - Executive, Premium, Flagship dan Flagship X. Harganya berada di antara RM 73,800 hingga RM 94,800. Semua varian dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo MPI yang beroutput 150 PS/226 Nm.

Juga bacaInilah harga dan spesifikasi varian Proton S70 2024 - kini sedan paling 'hot' di Malaysia?

2. Honda CR-V baharu

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 02

Honda Malaysia pada Disember lepas sempat melancarkan Honda CR-V generasi keenam. Model ini lebih besar dan reka bentuknya sudah mirip sebuah Volvo. Ia ditawarkan dengan ADAS Honda Sensing yang dikemaskini, sistem audio Bose 12-pembesar, Honda Connect, kamera 360° dan bermacam lagi.

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 03

CR-V baharu secara amnya datang dalam empat varian - S, E, V dan RS di mana tiga model pertama dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo. Varian RS pula dengan nadi 2.0L hibrid i-MMD. Harganya bermula dari RM 159,900.

Juga bacaTempahan Honda CR-V 2024 2x ganda potong sasaran bulanan 1,000 unit walau dengan cabaran pasaran

3. Chery Omoda 5

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 04

Pengeluar kereta China iaitu Chery kembali di Malaysia pada Julai yang lalu. Mereka telah melancarkan dua model; salah satunya ialah SUV segmen B iaitu Chery Omoda 5 di mana ia bersaing dengan Proton X50 dan Honda HR-V. Ia ditawarkan dalam dua varian yang dipasang tempatan - C dan H, masing-masing dengan harga RM 108,800 dan RM 118,800.

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 05

Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo yang menghasilkan 156 PS/230 Nm. SUV ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan kerana reka bentuknya yang diilhamkan oleh "Art in Motion", kabin yang serba lengkap dan harga yang kompetitif.

Juga bacaChery Omoda 5 dilancar di Malaysia: CKD, dari RM 109k, 2 varian, 1.5L turbo, ADAS penuh

4. Chery Tiggo 8 Pro

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 06

SUV Chery kedua yang tiba di Malaysia pada tahun lepas ialah Tiggo 8 Pro dan ia datang dengan 7 tempat duduk. Ia dipasang tempatan (CKD) di kilang Inokom di Kedah dan hadir dalam varian Luxury sahaja, berharga RM 159,800. Reka bentuk luar SUV segmen D ini mempunyai gril hadapan yang diilhamkan oleh "galaksi". Bahagian dalamannya juga cukup premium.

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 07

Dari segi teknikal, Tiggo 8 Pro menggunakan enjin 2.0L turbo yang menghasilkan 256 PS/390 Nm. Saingannya adalah seperti Mazda CX-8, Kia Sorento, Proton X90 dan Toyota Innova Zenix.

Juga bacaChery Omoda 5, Tiggo 8 Pro CKD - ADAS dan suspension ditala khas untuk jalanraya Malaysia

5. Honda WR-V

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 08

Honda Malaysia juga memperkenalkan SUV segmen B yang lebih kompak pada tahun lepas iaitu Honda WR-V (Winsome Runabout Vehicle). Seperti model Honda yang lain, ia turut hadir dalam empat varian - S, E, V dan RS, Penawaran harganya adalah di antara RM 89,900 hingga RM 107,900.

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 09

Semua varian dikuasai enjin 1.5L NA yang menghasilkan 121 PS/145 Nm. Kuasa disalurkan ke roda depan melalui transmisi CVT.

Juga bacaWalaupun berharga RM 107k, 3 dari 5 Honda WR-V yang rakyat Malaysia beli adalah varian RS

6. Proton X90

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 10

Proton memperkenalkan sebuah lagi SUV baharu pada tahun 2023 iaitu Proton X90. Ia merupakan abang kepada SUV X50 dan X70 dan menandakan kemasukan jenama ini ke dalam pasaran New Energy Vehicle (NEV). SUV tiga baris ini hadir dalam empat varian - Standard, Executive, Premium dan Flagship. Bagi anda yang belum tahu, baris kedua buat varian mercu tersebut datang dengan dua kerusi kapten.

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 11

Secara amnya, SUV segmen D ini menggunakan asas sama daripada Geely Haoyue/Okavango, Dari segi mekanikal, ia hadir dengan sistem hibrid ringan 48V yang terdiri daripada enjin 1.5L turbo 3-silinder TGDI dan Belt Starter Generator. Harga Proton X90 bermula dari RM 123,800 hingga RM 152,800.

7. Toyota Vios baharu

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 12

UMW Toyota pula memperkenalkan Toyota Vios generasi keempat pada Mac lalu. Peralihan kepada generasi baharu  untuk kali ini membawa kepada penggunaan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), kotak gear D-CVT baru dan pelbagai ciri moden.

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 13

Toyota Vios baharu ini hadir dalam dua varian - E dan G, masing-masing dengan harga RM 89,600 dan RM 95,500. Kedua-dua varian dilengkapi enjin 1.5L NA yang berkuasa 106 PS/138 Nm.

Juga bacaReview: Toyota Vios 2023 - juara sedan bawah RM 100k di Malaysia, sayonara Honda City

8. Toyota Innova Zenix

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 14

Selain itu, UMW Toyota juga melancarkan Toyota Innova Zenix di mana ia diimport (CBU) dari Thailand. Model ini merupakan generasi ketiga Innova. Ia menggunakan platform Toyota New Global Architecture, TNGA.

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 15

MPV ini hadir dalam dua varian - V dan HEV. Varian pertama dikuasakan oleh 2.0L NA Dynamic Force 2.0, manakala varian kedua menggunakan nadi hibrid. Harganya bermula dari RM 165,000 hingga RM 202,000. Untuk makluman anda, Innova generasi kedua masih dijual.

Juga bacaTanpa cukai, harga Toyota Innova Zenix 2023 lagi murah daripada Proton X90 - bermula RM 106k

9. Perodua Axia baharu

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 16

Februari tempoh hari, Perodua Axia generasi kedua telah dilancarkan. Berbanding dengan model sebelumnya, hatchback yang menggunakan platform DNGA ini ini menawarkan pelbagai peningkatan, sekaligus menjadikan hatchback mampu milik kegemaran rakyat Malaysia ini lebih menarik.

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 17

Secara amnya, ia ditawarkan dalam empat varian - G, X, SE dan AV. Semua dikuasakan oleh enjin 1.0L NA yang menghasilkan 67 PS/91 Nm. Ia turut diperbaharui dengan transmisi D-CVT. Harga yang ditawarkan buat model serba baharu ini adalah dari RM 38,600 hingga RM 49,500.

Juga bacaRebiu: Perodua Axia 1.0 AV 2023 - Mengangkat taraf kereta peringkat permulaan di Malaysia!

10. Hyundai Creta

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 18

Hyundai di Malaysia sempat melancarkan SUV segmen B yang dikenali sebagai Hyundai Creta. Ia ditawarkan secara model import (CBU Indonesia) melalui varian tunggal 1.5 Plus yang berharga RM 149,888. Hyundai Creta memiliki reka bentuk SUV yang unik di mana ia kelihatan lasak. Ciri keselamatan aktif yang komprehensif juga turut dilengkapkan.

10 kereta 'HOT' yang dilancarkan di Malaysia dalam 2023! - S70, Axia, X90, Vios & bermacam lagi 19

Dari segi mekanikal, ia menggunakan enjin 1.5L NA Smartstream yang menghasilkan 115 PS/144 Nm. Kuasa dihantar ke roda depan melalui kotak gear Intelligent Variable Transmission, IVT.

Juga bacaRebiu: Hyundai Creta di Malaysia - harga sampai RM 150k, boleh saing Honda HR-V & Toyota Corolla Cross?

Jadi, itulah 10 pelancaran terhangat di Malaysia pada tahun lepas. Antara semua, yang mana paling menarik?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda