window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Walaupun berharga RM 107k, 3 dari 5 Honda WR-V yang rakyat Malaysia beli adalah varian RS

Faisal ยท Sep 12, 2023 04:27 PM

Walaupun berharga RM 107k, 3 dari 5 Honda WR-V yang rakyat Malaysia beli adalah varian RS 01

Kalau anda nak tahu, 62% daripada kesemua Honda WR-V yang dijual sejak dilancarkan pada Julai 2023 adalah varian RS iaitu spesifikasi tertinggi yang berharga RM 107,900.

Walaupun berharga RM 107k, 3 dari 5 Honda WR-V yang rakyat Malaysia beli adalah varian RS 02

Harga sebegitu sebenarnya cukup mahal untuk sebuah kereta 1.5L NA yang dipasang lokal (CKD). Sebagai konteks, Honda City varian bukan hybrid yang menggunakan enjin sama paling mahal pun hanya RM 99,900. Jadi, SUV ini RM 8k lebih mahal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau dilihat dengan lebih menyeluruh, Mazda CX-3 (CBU Thailand) yang menggunakan enjin 1.5L NA bermula dari RM 107,920.

Walaupun berharga RM 107k, 3 dari 5 Honda WR-V yang rakyat Malaysia beli adalah varian RS 01

Untuk makluman anda, Honda Malaysia mengesahkan bahawa tempahan WR-V yang dikutip telah mencecah 7,300 unit. Setakat 6 September, unit yang telah didaftarkan pula sudah hampir 3,300 unit.

Walaupun berharga RM 107k, 3 dari 5 Honda WR-V yang rakyat Malaysia beli adalah varian RS 02

Warna paling popular pula ialah Meteoroid Gray Metallic (25%), diikuti oleh Ignite Red Metallic (24%) dan warna baru Stellar Diamond Pearl (22%).

Walaupun berharga RM 107k, 3 dari 5 Honda WR-V yang rakyat Malaysia beli adalah varian RS 03

Bagi anda yang belum tahu, Honda WR-V di Malaysia hadir dengan 4 varian dengan harga dari RM 89,900 โ€“ RM 107,900. Semua varian menggunakan enjin 1.5L NA DOHC i-VTEC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT.

Juga bacaW ternyata untuk 'Win', jualan bulan pertama Honda WR-V di Malaysia cecah 2,200 unit! 60% rakyat pilih RS

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda WR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda