window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander Hybrid 2024 debut di Thailand - harga sama dengan model petrol, dari RM 121k, enjin 1.6L!

Faisal · Feb 2, 2024 09:56 AM

Mitsubishi Xpander Hybrid 2024 debut di Thailand - harga sama dengan model petrol, dari RM 121k, enjin 1.6L! 01

Mitsubishi Motors Corporation telah memperkenalkan Mitsubishi Xpander Hybrid dan Xpander Cross Hybrid 2024 di Thailand. Di bawah payung e:Motion, kedua-dua model ini dipasang di kilang Laem Chabang milik Mitsubishi Thailand.

Mitsubishi Xpander Hybrid 2024 debut di Thailand - harga sama dengan model petrol, dari RM 121k, enjin 1.6L! 02

Menariknya, harga kedua-dua kereta hibrid 7 tempat duduk ini berbeza sedikit daripada varian bukan elektrifikasi. Harga masing-masing bermula dari THB 912,000 (~RM 121k) dan THB 946,000 (~RM 126k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Xpander Hybrid 2024 debut di Thailand - harga sama dengan model petrol, dari RM 121k, enjin 1.6L! 01

Selepas tempoh promosi, kedua-dua varian mercu ini akan dijual pada THB 933,000 (~RM 125k) dan THB 961,000 (~RM 128k).

Bagi anda yang belum tahu, siri Xpander secara global telah terjual sebanyak 130,000 unit pada tahun 2022. Ia merupakan model ketiga Mitsubishi yang paling laku dijual selain Triton dan Outlander. Secara keseluruhan, sebanyak 650,000 unit telah dijual sejak kali pertama ia diperkenalkan.

Mitsubishi Xpander Hybrid 2024 debut di Thailand - harga sama dengan model petrol, dari RM 121k, enjin 1.6L! 02

Secara teknikal, trenkuasa pada Xpander Hybrid diasaskan dari teknologi hibrid plug-in mereka.

Mitsubishi Xpander Hybrid 2024 debut di Thailand - harga sama dengan model petrol, dari RM 121k, enjin 1.6L! 03

Ia menggunakan enjin NA 1.6L baharu dan transmisi CVT. Enjinnya sahaja menghasilkan 95 PS/134 Nm, manakala motor elektrik yang dipadankan menjana 116 PS/255 Nm. Ia dikuasai oleh bateri 1.1 kWj.

Mitsubishi Xpander Hybrid 2024 debut di Thailand - harga sama dengan model petrol, dari RM 121k, enjin 1.6L! 04

Mitsubishi mendakwa 34% peningkatan dari segi angka penggunaan petrol dalam bandar dan 15% lebih bagus dalam pemanduan lasak.

Mitsubishi Xpander Hybrid 2024 debut di Thailand - harga sama dengan model petrol, dari RM 121k, enjin 1.6L! 05

Antara ciri unik yang dilengkapkan adalah 7 mod memandu termasuk including EV Priority dan teknologi kawalan seperti Active Yaw Control untuk mengoptimumkan prestasi pada pelbagai permukaan jalan. Suspensinya sendiri ditala semula untuk memberi maklum balas stereng yang lebih stabil dan kualiti pemanduan yang lebih selesa.

Selain itu, kedua-dua model tampil eksklusif dengan brek belakang jenis cakera.

Mitsubishi Xpander Hybrid 2024 debut di Thailand - harga sama dengan model petrol, dari RM 121k, enjin 1.6L! 06

Masuk ke bahagian dalam, terdapat kluster digital baharu 8 inci, infotainment 9 inci (dengan Android Auto/Apple CarPlay), penyaman udara digital dan pemilih gear jenis elektronik.

Kadar penebat bunyi juga ditambah buat kedua-dua varian hibrid.

Mitsubishi Xpander Hybrid 2024 debut di Thailand - harga sama dengan model petrol, dari RM 121k, enjin 1.6L! 07

Pada bahagian luar, Xpander Hybrid tampil istimewa dengan pilihan warna White Diamond untuk Xpander HEV dan Green Bronze Metallic untuk Xpander Cross HEV. Di samping itu, terdapat lencana HEV yang menghiasi beberapa bahagian kereta 7 tempat duduk ini.

Selain waranti 5 tahun tanpa had kilometer, Mitsubishi Motors turut melengkapkan Xpander Hybrid dengan waranti sama buat sistem HEV dan waranti tanpa had kilometer buat bateri hibrid dari tahun ke-6 hingga ke-10.

Juga bacaMitsubishi Xpander: MMM ingin demo kepada anda jarak kelegaan tanah 205mm-nya sesuai untuk banjir kilat ringan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mitsubishi Outlander Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda