window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross 2024 facelift akan debut di Thailand pada 8 Februari - gaya baru, EPB akhirnya?

Faisal · Feb 2, 2024 02:58 PM

Toyota Corolla Cross 2024 facelift akan debut di Thailand pada 8 Februari - gaya baru, EPB akhirnya? 01

Kiri: spec Jepun, adakah ini visual belakang untuk model facelift kelak?

Toyota Corolla Cross 2024 facelift akan diperkenalkan di Thailand pada 8 Februari hadapan.

Untuk makluman anda, crossover yang begitu laris ini debut pada Julai 2020.

Berdasarkan apa yang diiklankan, lampu hadapannya dilihat iras Corolla Cross di pasaran lain. Ia dijangka hadir dengan bampar depan dan belakang yang lebih moden dan reka bentuk roda yang lebih terkini.

Toyota Corolla Cross 2024 facelift akan debut di Thailand pada 8 Februari - gaya baru, EPB akhirnya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau dilihat berpandukan Corolla Altis facelift yang dilancarkan di Malaysia pada tahun lepas, Corolla Cross facelift juga mungkin tampil dengan kluster digital penuh yang sama. Begitu juga dengan naik taraf melalui pengecas nirwayar dan port USB-C.

Di pasaran luar, Corolla Cross datang dengan enjin berkapasiti lebih besar tetapi masih belum dapat dipastikan sama ada model di Thailand nanti bakal menerapkan nadi tersebut.

Juga bacaToyota Corolla Cross spec Jepun bakal ada 'update' pada Oktober 2023 - enjin 2.0 Dynamic Force & kluster baru

Toyota Corolla Cross 2024 facelift akan debut di Thailand pada 8 Februari - gaya baru, EPB akhirnya? 01

Untuk rantau kita, adakah Corolla Cross facelift akan mengekalkan wajah sama...

Toyota Corolla Cross 2024 facelift akan debut di Thailand pada 8 Februari - gaya baru, EPB akhirnya? 02

...atau beralih kepada wajah seperti model di Jepun?

Bagi anda yang belum tahu, Corolla Cross di Thailand dan Malaysia dijual melalui enjin 1.8L NA (139 PS/172 Nm) atau nadi 1.8L hibrid (122 PS gabungan).

Apa-apapun, model facelift dijangka datang dengan brek parkir elektrik (EPB).

Setelah dirasmikan di Thailand, hanya menunggu masa sahaja sebelum Corolla Cross facelift beransur ke pasaran Malaysia.

Berikut adalah penawaran semasa buat Corolla Cross di sini yang mana ia hadir sebagai model pamasangan tempatan (CKD):

  • 1.5 G: RM 130,900
  • 1.5 V: RM 137,900
  • Hybrid: RM 143,000
  • 1.5 GR Sport: RM 146,000

Juga bacaRebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda