window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Thailand uji Honda City Hatchback 2023 facelift - akan dapat Low-Speed Follow?

Faisal ยท Jul 12, 2023 11:00 AM

Spyshot: Thailand uji Honda City Hatchback 2023 facelift - akan dapat Low-Speed Follow? 01

Selepas Honda City 2023 facelift dilancarkan di Thailand pada minggu lalu, hasil intipan dari Ridebuster dan Car2day memperlihatkan pula dua buah kelibat Honda City Hatchback yang berlegar di perkarangan sana.

Spyshot: Thailand uji Honda City Hatchback 2023 facelift - akan dapat Low-Speed Follow? 02

Perkara ini secara tidak langsung merujuk kepada model facelift. Apapun, pembaharuan yang bakal diterapkan dijangka lebih kurang sama dengan City sedan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Thailand uji Honda City Hatchback 2023 facelift - akan dapat Low-Speed Follow? 01

Dalam masa yang sama, ADAS Honda Sensing pada City Hatchback facelift mungkin diperbaharui juga dengan ciri Lead Car Departure Notification (LCDN). Varian lebih atas pula dijangka hadir dengan ciri Low-Speed Follow (LSF), sama seperti yang diterapkan pada City facelift.

Spyshot: Thailand uji Honda City Hatchback 2023 facelift - akan dapat Low-Speed Follow? 02

Dari segi trenkuasa, ia dijangka kekal sama seperti sedia ada yang mana untuk Thailand, City Hatchback facelift mungkin beransur dengan nadi seperti di bawah:

  • 1.0L VTEC Turbo 3-silinder; 122 PS/173 Nm, CVT
  • 1.5L hybrid i-MMD, (NA 4-silinder + 2 motor elektrik); 109 PS/253 Nm

Spyshot: Thailand uji Honda City Hatchback 2023 facelift - akan dapat Low-Speed Follow? 03

Bagi anda yang belum tahu, enjin 1.5L NA tidak ditawarkan di Thailand kerana mereka perlu menepati piawaian Eco Car di sana untuk mendapat potongan harga.

Untuk Malaysia, City Hatchback facelift dijangka membuat pelancaran pada tahun hadapan memandangkan samarannya baru sahaja kelihatan di negara jiran. Lagipun, Honda Malaysia telah mengumumkan bahawa tahun ini mereka hanya akan melancarkan 4 model baru iaitu, Civic Type R, CR-V, City facelift dan WR-V.

Juga bacaHonda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Civic Type R FL5 & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3%

Spyshot: Thailand uji Honda City Hatchback 2023 facelift - akan dapat Low-Speed Follow? 04

Sebagai rujukan, model sekarang dijual pada harga berikut:

  • 1.5 S: RM 78,900
  • 1.5 E: RM 86,900
  • 1.5 V: RM 91,900
  • 1.5 V Sensing: RM 95,900
  • 1.5 RS e:HEV: RM 109,800

Juga bacaThailand lancar Honda WR-V generasi 2023 - mahal dari City Hatchback, ciri Sensing standard pada semua varian!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda