window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JDT dan Aston Martin umum kerjasama, Aston Martin 'JDT Edition' bakal dihasilkan!

Haris ยท Jul 27, 2021 06:25 PM

JDT dan Aston Martin umum kerjasama, Aston Martin 'JDT Edition' bakal dihasilkan! 01

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja mengumumkan kerjasama dengan Aston Martin Racing Asia pada hari ini. Kerjasama ini adalah satu kerjasama strategik antara kelab bola sepak ternama bersama-sama pengeluar kereta berprestasi terkenal pada peringkat global.

JDT dan Aston Martin umum kerjasama, Aston Martin 'JDT Edition' bakal dihasilkan! 02

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di media sosial Johor Southern Tigers, kerjasama ini boleh digambarkan sebagai kerjasama antara juara dalam bidang masing-masing dengan JDT selaku juara Liga Super 7 kali berturut-turut manakala Aston Martin pula adalah juara perlumbaan Le Mans Endurance 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"JDT adalah juara di padang dengan kejayaan yang konsisten dan mendominasi tajuk-tajuk berita di luar padang dengan infrastruktur berkelas dunia, kekuatan jenama serta hubungan dengan kelab terkemuka antarabangsa, individu, organisasi dan entiti perniagaan.

"Aston Martin Racing pula merupakan salah satu jenama antarabangsa yang bekerjasama dengan Harimau Selatan. Kerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa ini juga menunjukkan peningkatan jenama kelab yang hebat dan kukuh sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa sejak JDT ditubuhkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2013.

JDT dan Aston Martin umum kerjasama, Aston Martin 'JDT Edition' bakal dihasilkan! 01

"Kerjasama dengan syarikat permotoran British ini bukan sahaja memberikan nilai kewangan kepada JDT, tetapi juga membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk tahun-tahun yang akan datang," menurut kenyataan tersebut.

Hasil kerjasama ini, Aston Martin juga telah bersetuju untuk mengeluarkan sebuah kereta Aston Martin bertema 'JDT Edition' untuk dijual di mana keuntungan dari jualan akan dikongsi diantara JDT dan Aston Martin.

JDT dan Aston Martin umum kerjasama, Aston Martin 'JDT Edition' bakal dihasilkan! 02

Sebelum ini, Aston Martin pernah memberi kejutan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghadiahkan baginda sebuah kereta Aston Martin yang berkonsep JOHOR (merah biru) sempena meraikan kemenangan menjuarai piala yang ke-10 pada tahun 2018. Kredit: Semuanyabola, Johor Southern Tigers

Berita Lain:

Aston Martin Vantage AMR edisi Malaysia. Hanya 1 unit sahaja di seluruh dunia!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda