window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan kereta baru turun 7.5% pada November 2021, lanjutan pengecualian SST jadi penyumbang

Mersita ยท Dec 22, 2021 11:00 AM

Jualan kereta baru turun 7.5% pada November 2021, lanjutan pengecualian SST jadi penyumbang 01

Selepas jualan kenderaan baharu pulih semula pada September dan Oktober dengan peningkatan peratusan tiga digit, jualan menjunam semula pada November, lapor Malaysian Automotive Association (MAA).

Jualan kereta baru turun 7.5% pada November 2021, lanjutan pengecualian SST jadi penyumbang 02

November 2021 mencatat 58,742 unit terjual, iaitu 7.5% lebih rendah berbanding Oktober apabila 63,489 unit terjual. Jumlah jualan dalam tahun ini sehingga November 2021 juga menunjukkan penurunan 4% berbanding tempoh sama pada 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jualan kereta baru turun 7.5% pada November 2021, lanjutan pengecualian SST jadi penyumbang 01

MAA menyatakan sebab-sebab bagi penurunan prestasi jualan ini ialah kerana kekurangan bekalan cip semikonduktor serta pelanjutan pengecualian cukai jualan (SST) sehingga 30 Jun 2022. Selepas pengumuman pelanjutan ini dibuat, ramai pembeli membatalkan niat untuk membeli kenderaan baharu pada tahun ini.

Baca juga: Bajet 2022 - pengecualian & diskaun cukai jualan SST DILANJUTKAN sehingga 30 Jun 2022!

Jualan kereta baru turun 7.5% pada November 2021, lanjutan pengecualian SST jadi penyumbang 02

Selain itu, bulan November juga menyaksikan penurunan jumlah pembuatan kereta berbanding bulan sebelumnya – dari 65,410 unit pada Oktober kepada hanya 58,079 unit pada November.

Jualan kereta baru turun 7.5% pada November 2021, lanjutan pengecualian SST jadi penyumbang 03

Oleh yang demikian, ramalan MAA bagi Disember 2021 dijangka akan kekal pada tahap ditunjukkan dalam bulan November. Kekurangan bekalan cip juga masih boleh memberi kesan kepada beberapa pengeluar kereta dan ini boleh menyebabkan pembuatan serta penghantaran tertangguh.

Baca juga: Bekalan cip dari Malaysia putus, syarikat kereta Jepun potong 1 juta pengeluaran

Jualan kereta baru turun 7.5% pada November 2021, lanjutan pengecualian SST jadi penyumbang 04

Oleh itu, memandangkan tirai 2021 bakal tertutup tak lama lagi, syarikat-syarikat kereta dijangka akan menawarkan kempen promosi hujung tahun untuk merancakkan jualan. Mereka juga dijangka akan meningkatkan kadar penghantaran kenderaan bagi memenuhi tempahan tertangguh, terutama sekali bagi syarikat yang mencapai penghujug tahun kewangan mereka pada Disember 2021.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda