window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kartel Ro-Ro Langkawi disaman RM 2.2 juta, penetapan harga tambang kenderaan angkara barang mahal

Mersita ยท Jan 5, 2022 03:30 PM

Kartel Ro-Ro Langkawi disaman RM 2.2 juta, penetapan harga tambang kenderaan angkara barang mahal 01

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengenakan denda keatas tiga syarikat pengendali Ro-Ro utama dan dua perusahaan berkaitan di Langkawi atas kesalahan membentuk kartel penetapan harga berkaitan kenaikan tambang pengangkutan kenderaan antara Langkawi dan Kuala Perlis melalui kapal Ro-Ro.

Syarikat yang didenda termasuklah pengusaha Ro-Ro Langkawi Auto Express Sdn Bhd (LAE), Langkawi Ro-Ro Ferry Services Sdn Bhd (LRFS), dan Dibuk Cargo Services Sdn Bhd (DCS). Perusahaan yang turut bertanggungjawab ialah Dibuk Sdn Bhd (Dibuk) dan Langkawi Ferry Services Sdn Bhd (LFS).

Kartel Ro-Ro Langkawi disaman RM 2.2 juta, penetapan harga tambang kenderaan angkara barang mahal 02

Foto: FB Kamariah Halid

Siasatan yang menjurus kepada penemuan kartel berkenaan bermula dari aduan diterima dari orang awam pada 2019 berkaitan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan di Langkawi. Penyelidikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati punca kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Langkawi adalah disebabkan oleh kenaikan tambang kenderaan komersial yang menggunakan kapal Ro-Ro berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kartel Ro-Ro Langkawi disaman RM 2.2 juta, penetapan harga tambang kenderaan angkara barang mahal 01

Foto: FB Asrizam Asari

Persamaan harga tambang yang dikenakan oleh pengusaha-pengusaha Ro-Ro berkenan juga turut dikesan. KPDNHEP kemudiannya mengarahkan MyCC untuk menjalankan siasatan.

Hasil siasatan MyCC mendapati bahawa tiga pengendali Ro-Ro utama bersama dua perusahaan lain telah terlibat dalam perbincangan tertutup untuk menaikkan dan menetapkan tambang bagi kenderaan komersial serta kenderaan persendirian yang menggunakan kapal Ro-Ro milik kesemua perusahaan tersebut.

Kartel Ro-Ro Langkawi disaman RM 2.2 juta, penetapan harga tambang kenderaan angkara barang mahal 02

Harga tambang Ro-Ro Langkawi. Sumber: MyCC

Tindakan tersebut telah membawa kepada pembentukan kartel penetapan harga melalui dua Memorandum Persefahaman (MOU) bermula dari tahun 2018 hingga 2019.

Selepas mempertimbangkan semua bukti termasuk representasi syarikat yang terlibat, MyCC telah mendapati bahawa kelima-lima perusahaan tersebut telah melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.

Kartel Ro-Ro Langkawi disaman RM 2.2 juta, penetapan harga tambang kenderaan angkara barang mahal 03

Foto: FB Nasran Ahmad

Bagi pelanggaran tersebut, LAE telah didenda sebanyak RM1,130,876.87. Pada masa yang sama, Dibuk dan LFS juga didapati bertanggungjawab bagi pelanggaran tersebut dan telah didenda kerana kedua-dua perusahaan tersebut memiliki LAE melalui satu usahasama.

Manakala, DCS telah didenda sebanyak RM250,172.25 dan MyCC mendapati Dibuk turut bertanggungjawab ke atas pelanggaran itu kerana kedua-dua perusahaan tersebut mempunyai pengarah dan pemegang saham yang sama. Selain itu, LRFS telah didenda sebanyak RM810,531.29.

Kartel Ro-Ro Langkawi disaman RM 2.2 juta, penetapan harga tambang kenderaan angkara barang mahal 04

Foto: FB Nor Hajar

Berdasarkan kes ini, jelas ternyata bahawa gangguan persaingan oleh kartel dalam ekosistem rantaian bekalan boleh menyebabkan kenaikan harga sekali gus merampas hasil titik peluh rakyat, khususnya, penduduk tempatan Langkawi dan pelancong di Langkawi.

MyCC juga mengarahkan kesemua perusahaan tersebut untuk menghentikan dengan serta merta dan menahan dari terlibat dalam kartel penetapan harga yang boleh mengganggu persaingan dalam pasaran di masa hadapan. Selanjutnya, MyCC mengarahkan perusahaan-perusahaan tersebut untuk menentukan caj secara berasingan di masa hadapan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda