window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kena serbu, kereta sewa Langkawi terima tempahan mendadak dan sektor mula pulih

Mersita · Oct 5, 2021 05:00 PM

Kena serbu, kereta sewa Langkawi terima tempahan mendadak dan sektor mula pulih 01

Terima kasih kepada projek rintis gelembung pelancongan Langkawi yang dilaksanakan sejak 16 September lalu, pengusaha kereta sewa di pulau peranginan popular itu ‘kembali bernafas’ dan sebahagian daripada mereka juga sudah kehabisan kereta untuk disewakan dalam bulan ini.

Menurut laporan Kosmo, Pengarah Global FAA Travel & Tours Sdn. Bhd., Fathen Alia Mohd. Hussain berkata, beliau berjaya mendapat sebanyak 22 tempahan pakej percutian termasuk kereta sewa dalam masa hanya dua hari sebelum gelembung pelancongan bermula, bernilai kira-kira RM 22,000 secara keseluruhannya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lapangan Terbang Langkawi mula dipenuhi kereta sewa menjemput pelancong pada 16 September lalu

Katanya, wang hasil tempahan itu digunakan untuk pembaharuan cukai jalan dan selenggara kereta-kereta sewa yang ditempah sebelum kehadiran pelancong ke pulau itu.

Disebabkan oleh sambutan yang amat memberangsangkan, kesemua kereta sewanya telah ditempah habis untuk kegunaan bulan ini. Tempahan sehingga hujung tahun juga semakin bertambah.

Kena serbu, kereta sewa Langkawi terima tempahan mendadak dan sektor mula pulih 01

Pantai Chenang, Langkawi

Tinjauan WapCar.my juga mendapati kebanyakan kereta sewa di Langkawi sudah ditempah untuk beberapa hujung minggu yang mendatang.

Susulan pengumuman projek rintis gelembung pelancongan untuk Pulau Langkawi, beberapa pengunjung berkongsi situasi pelancongan di pulau peranginan itu. Seorang pengguna Facebook, Sabarina Yaacob, menceritakan betapa gembiranya pengusaha pengangkutan di sana melihat kedatangan pelancong pada bulan lalu.

Katanya, seorang pemandu teksi warga emas berkata, "Bila kerajaan kata Langkawi nak bukak..pak cik..sujud syukur..seronok macam nak raya."

Sabarina kemudiannya menceritakan betapa lengangnya sebahagian besar kawasan di pulau itu yang dahulunya rancak dengan aktiviti pelancongan dan ada penyewa kereta yang sanggup memberikan harga murah, asalkan ada yang mahu menyewa keretanya.

Kini, beberapa pengusaha kereta sewa yang lain juga kian menerima tempahan demi tempahan setiap hari, dan sambutan ini nyata melegakan tekanan atas sektor itu sejak dunia dilanda pandemik COVID-19. Keadaan bertambah teruk masuk tahun kedua pandemik ini mengganas di negara kita apabila beberapa pengusaha terpaksa menjual kereta sewa mereka kerana tidak mampu membiayainya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda