window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya.

Mersita · Dec 19, 2020 11:59 AM

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 01

Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh World Economic Forum pada tahun 2019, Malaysia berada pada kedudukan No. 21 dalam senarai 141 negara dalam aspek kualiti jalan raya. Kita melangkaui UK (No. 37) dan New Zealand (No. 48), dan kita juga hanya 1 ranking di bawah Jerman yang terkenal dengan Autobahn.

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 02

Malaysia berada pada kedudukan No. 21 dalam senarai 141 negara, menurut tinjauan tersebut

Hasil tinjauan ini memang menarik, tapi kesahihannya agak diragui. Ya, rangkaian jalan raya kita boleh dikatakan bagus, tapi kata-kata pujian bagi kualiti jalan raya kita amat jarang sekali didengari.

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 03

Malaysia berada pada kedudukan tinggi dikalangan negara-negara ASEAN

Bila berbincang tentang keadaan jalan raya di Malaysia, selalunya ia akan dikaitkan dengan lubang jalan, lopak, ataupun perancangan yang kurang bijak. Yang paling menakutkan ialah bahan binaan yang boleh jatuh dan menimpa pengguna jalan raya, tapi itu kita bincangkan di kemudian hari.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 01

Dalam entri kali ini, kami cuba untuk fahami mengapa jalan raya kita kondisinya begitu teruk sekali. Standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa adalah agak holistik. Kualiti jalan raya di Malaysia dinilai berdasarkan aspek-aspek berikut – kualiti pemanduan, keselamatan, dan nilai estetika.

Garis panduannya cukup jelas dan kita sudahpun membina jalan raya kita sendiri sebelum kita merdeka lagi. Oleh itu, mengapa kualiti jalan raya di Malaysia kadangkala terasa sangat rendah?

Untuk menjawab persoalan ini, kami telah menemu-bual seorang jurutera awam yang berpengalaman. Jawapan yang kami dapat menjurus kepada dua sebab utama – kenderaan terlebih muatan dan tabiat mengambil ‘jalan mudah’.

1. Kenderaan terlebih muatan

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 02

Gambar: borneopost.com

Seperti yang sedia maklum, jalan raya kita hanya mampu menampung had berat yang tertentu. Berat kenderaan selalunya hanya dikaitkan secara jelas dengan struktur jambatan. Ia jadi isu yang lebih besar bagi jambatan kerana muatan berlebihan akan mengundang risiko yang lebih besar.

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 03

Gambar: Berita Harian

Sama seperti jambatan, jalan raya biasa hanya boleh menampung jumlah berat yang tertentu. Jika anda perhatikan lori-lori dan trak besar, anda akan lihat yang sebenarnya mereka ada label untuk had berat muatan.

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 04

Trak-trak dan lori-lori ini boleh membawa muatan yang berbeza-beza beratnya bergantung kepada jumlah tayar yang menyentuh jalan raya ketika ia dipandu.

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 05

Berat muatan haruslah diagihkan dan diseimbangkan dengan sekata bagi mengelakkan jalan terbenam pada satu sisi. Seperti yang dijangka, tekanan bagi mengurangkan kos pengangkutan menyebabkan muatan disumbat secara berlebihan dan ini menyebabkan jalan raya mengalami kerosakan.

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 06

Adakah anda pun akan membawa muatan yang melebihi berat maksima untuk jimat kos?

2. Ambil jalan mudah

Dari temubual kami, kami dapati yang spesifikasi jalan raya sudah dinyatakan dengan jelas oleh pihak pengurusan.

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 07

Walaupun ia terlalu rumit untuk difahami oleh orang awam, bahan-bahan yang diperlukan dan ketebalan bagi setiap satu sudahpun dinyatakan dengan jelas. Kami juga dapat tahu yang pada hampir setiap tahap kerja-kerja pembuatan jalan, pemeriksaan wajib dijalankan.

Jadi, bagaimana segelintir pihak ambil jalan mudah?

Salah satu daripadanya ialah kecenderungan untuk mengurangkan bahan-bahan ke dalam projek pembuatan jalan bagi mengurangkan kos. Asfalt memang mahal, dan apabila kontrak dibuat jadi sub-kontrak atas sub-kontrak yang lain, margin keuntungan jadi semakin kecil. Dari sinilah datangnya pemotongan kos bagi projek terlibat.

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 08

Selain dari itu, peluang-peluang yang ada untuk ambil jalan mudah juga muncul dalam proses pelaksaan kerja-kerja awam itu sendiri. Sebagai contoh, sejurus selepas asfalt yang sekaki tebalnya sudah diletakkan, ia perlu dimampatkan. Sesudah itu barulah mereka boleh teruskan dengan lapisan asfalt yang seterusnya.

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 09

Gambar

Untuk mengambil jalan mudah (dan mempercepatkan kerja), keperluan untuk mengejar tarikh akhir penyiapan (atau ketidaksabaran) boleh menyebabkan kontraktor untuk membuat pemampatan pada setiap dua kaki asfalt dan bukannya sekaki seperti yang sepatutnya. Oleh itu, lapisan asfalt tersebut tidak termampat dengan sempurna dan ini mengurangkan daya kekuatannya.

Bila dibincangkan tentang pemeriksaan pula, kemungkinan korupsi itu juga ada. Kadangkala jika jalan raya tersebut terlalu jauh di pedalaman, tiada pemeriksaan dibuat kerana tiada siapa yang boleh dihantar, mungkin sebab kekurangan kakitangan.

Inilah antara sebab-sebab yang dinyatakan oleh seorang jurutera awam berpengalaman yang sudah lama berada di dalam ekosistem ini. Nampak gayanya, jalan penyelesaian bagi masalah kerosakan jalan raya adalah kenderaan komersial harus mematuhi had berat muatan dan standard kerja-kerja pembuatan jalan haruslah mengikut tetapan yang sudah diberi tanpa mengambil jalan mudah.

Dalam laporan lain pula…

Dalam satu temubual yang dibuat oleh Rojak Daily dengan Prof Dr. Ratnasamy Muniandy dari UPM, kerosakan jalan terjadi boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti rekaan jalan, rekaan bahan/material, pembinaan, kelembapan, dan juga suhu.

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 10

Prof Dr. Ratnasamy Muniandy mengusulkan penggunaan asfalt ‘fibre mastic’ bagi mempertingkatkan daya ketahanan permukaan jalan raya kita.

Langkah pendekatan ini adalah sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pada tahap pembinaan dengan membuatkan jalan raya lebih tahan lama.

Pengerusi jabatan teknikal kejuruteraan lebuh raya dan pengangkutan IEM, Gunasagaran Kristnan, memberitahu StarMetro yang “Ramai kontraktor-kontraktor yang tidak mengikut spesifikasi.”

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 11

Mereka seringkali mengambil ringan kerja-kerja penyelenggaraan dan penampalan jalan tanpa mengambil-kira punca sebenar masalah tersebut. Jawapan ini lebih kurang sama dengan jawapan yang kami terima dari temubual pertama tadi, walaupun En. Gunasagaran menegaskan yang angkaranya datang dari korupsi yang berleluasa apabila berbincang tentang kualiti jalan raya yang teruk.

Rumusan

Nampak gayanya jawapan kepada persoalan kami kali ini ringkas saja, iaitu kecuaian. Kualiti jalan raya yang teruk boleh disebabkan oleh kecuaian ketika kerja-kerja pembinaan dan juga penyelenggaraan. Malah, kecuaian logistik juga boleh menjadi puncanya (kenderaan terlebih muatan).

Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya. 12

Yang pasti, ada usaha-usaha yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan kualiti bahan-bahan pembinaan jalan raya kita. Tapi, seperti yang dinyatakan oleh mereka yang terlibat dalam industri ini, penambahbaikan boleh dilakukan dari segi kualiti dan pematuhan tetapan/standard. Jalan raya yang bagus boleh menyelamatkan nyawa dan kami pasti semua orang mahukannya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda