window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kepada 'kaki' gemar langgar lampu isyarat, ini amaran khusus JPJ untuk anda!

Khairil · Sep 27, 2021 06:00 PM

Kepada 'kaki' gemar langgar lampu isyarat, ini amaran khusus JPJ untuk anda! 01

Mungkin ada pihak yang melihatnya sebagai remeh namun kesalahan melanggar lampu isyarat merupakan pelanggaran undang-undang jalan raya yang berat dan berisiko tinggi membabitkan kehilangan nyawa.

Berikutan itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melancarkan operasi khas dinamakan ‘Ops Merah’ di seluruh negara bagi 'mencekup' pesalah kesalahan berkenaan termasuk 'rider' penghantar atau penunggang p-hailing.

Juga baca: Semua kaunter JPJ, Puspakom boleh ‘walk-in’ bermula 6 Sept 2021, mesti lengkap vaksin

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kepada 'kaki' gemar langgar lampu isyarat, ini amaran khusus JPJ untuk anda! 01

Perkembangan itu disahkan sendiri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Operasi JPJ, Aedy Fadly Ramli.

Aedy berkata, pihaknya melihat kesalahan melanggar lampu isyarat sebagai kesalahan yang serius kerana ia turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Di seluruh negara, sebanyak 22,656 kes langgar lampu isyarat dan sama direkodkan pada 2019 namun angka itu menurun kepada 12,764 kes susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Juga baca: Cukai jalan, lesen memandu ‘mati’ tidak dikenakan tindakan sehingga 31 Disember 2021

Kepada 'kaki' gemar langgar lampu isyarat, ini amaran khusus JPJ untuk anda! 02

“Di Terengganu, kesalahan langgar lampu merah adalah kesalahan kedua tertinggi pada Ogos tahun ini dengan 476 kes,” katanya kepada Bernama dalam satu majlis, baru-baru ini.

Untuk kesalahan melanggar lampu isyarat merah, pesalah boleh dikenakan tindakan saman di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan kompaun maksimum RM 300 dan denda daripada mahkamah tidak melebihi RM 2,000.

Kepada 'kaki' gemar langgar lampu isyarat, ini amaran khusus JPJ untuk anda! 03

Ditanya mengenai kerjasaman JPJ dengan agensi kerajaan lain untuk memantau kesalahan berkenaan, Aedy berkata kesemua pihak berkuasa tempatan dinasihatkan untuk memasang litar kamera tertutup terutama di kawasan sering berlaku kemalangan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda