Kerajaan beri subsidi RM 8 bil untuk petrol, minyak masak. Tapi, apa risikonya?

Mersita · Jun 14, 2021 03:00 PM

Kerajaan beri subsidi RM 8 bil untuk petrol, minyak masak. Tapi, apa risikonya? 01

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan pemberian subsidi untuk bahan api (petrol) dan minyak masak dengan kos sehingga RM 8 bilion bagi membantu mengurangkan beban rakyat. Jumlah ini lebih separuh lebih tinggi berbanding peruntukan asal iaitu RM 3.78 bilion untuk tahun ini disebabkan oleh peningkatan harga pasaran global bagi komoditi itu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan mengekalkan polisi harga siling untuk petrol RON 95 pada RM 2.05 seliter dan diesel pada RM 2.15 seliter yang telah ditetapkan sejak 10 Februari lalu.

Kerajaan beri subsidi RM 8 bil untuk petrol, minyak masak. Tapi, apa risikonya? 02

Harga bagi gas petroleum cecair (LPG) pula kekal pada RM 1.90 sekilo dan harga minyak masak kekal pada RM 2.50 bagi setiap pek sekilo.

Beliau berkata pihak kerajaan bersedia untuk menanggung lebihan perbelanjaan subsidi bagi menjaga kebajikan rakyat Malaysia serta kebolehtahanan perniagaan terutama sekali untuk peniaga-peniaga kecil.

Kerajaan beri subsidi RM 8 bil untuk petrol, minyak masak. Tapi, apa risikonya? 01

Sumber: Facebook

Namun, Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Sheriff Kassim berpendapat bahawa pemberian subsidi ini seharusnya lebih bersasar hanya kepada golongan yang memerlukan dan ia hanya akan menggalakkan penyeludupan komoditi ke beberapa negara jiran.

Kerajaan beri subsidi RM 8 bil untuk petrol, minyak masak. Tapi, apa risikonya? 02

Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 600 liter petrol bernilai RM1,320 di Semporna, Sabah.

Menurut beliau, penyeludupan diesel di selatan Thailand berleluasa kerana subsidi sedemikian. Jika harga runcit petrol dan minyak masak di selatan Thailand serta wilayah Sumatera di Indonesia dan kepulauan Filipina berhampiran Sabah terlalu jauh bezanya berbanding harga pasaran, peluang untuk menyeludup keluar komoditi itu akan jadi lebih tinggi disebabkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mengaut keuntungan.

Kerajaan beri subsidi RM 8 bil untuk petrol, minyak masak. Tapi, apa risikonya? 03

Tambahan pula, Mohd Sheriff berkata cara terbaik membantu golongan miskin ialah dengan mensubsidi pendapatan mereka tanpa membazirkan dana kerajaan kerana kelemahan harga subsidi ialah golongan berpendapatan tinggi juga akan mendapat manfaat.

Sumber berita: Bernama

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru