window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RON 95 habis di beberapa stesen minyak sekitar Kuching, pengguna terpaksa angkat pam hijau

Mersita ยท Jun 29, 2022 01:00 PM

RON 95 habis di beberapa stesen minyak sekitar Kuching, pengguna terpaksa angkat pam hijau 01

Foto utama oleh Utusan Borneo

Pengguna mula panik apabila menerima notis petrol RON 95 habis di beberapa stesen minyak di sekitar Kuching, Sarawak sehingga ada yang terpaksa mengisi dengan petrol lebih mahal iaitu RON 97.

Menurut laporan Utusan Borneo, salah seorang pengguna yang ditemui memberitahu dia menyedari keadaan berkenaan apabila stesen minyak dekat Jalan Song dan beberapa stesen berdekatan telah kehabisan RON 95.

Pengguna, Felecity Jarau (37), berkata dia dimaklumkan oleh pekerja stesen minyak berkenaan yang punca kekurangan bekalan itu adalah disebabkan oleh masalah kekurangan pemandu lori tangki minyak dan bekalan tidak dapat dihantar.

“Betul atau tidak sumber ini kita tidak tahu,” katanya kepada akhbar itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

RON 95 habis di beberapa stesen minyak sekitar Kuching, pengguna terpaksa angkat pam hijau 01

Difahamkan, beberapa stesen minyak lain termasuk di Jalan Sentral dan BDC turut kehabisan bekalan RON 95 sehingga memaksa pengguna untuk membeli RON 97 yang dijual pada RM 4.84 seliter.

Pekerja di salah sebuah stesen minyak di bandaraya itu turut memaklumkan pihaknya mengalami masalah bekalan RON 95 sejak Mei lalu. Beberapa sumber memaklumkan WapCar yang pengguna di bandar sekitar Sarawak termasuk Miri mula membuat pembelian panik di stesen-stesen minyak sejak semalam setelah mendengar khabar kekurangan bekalan RON 95 di Kuching.

RON 95 habis di beberapa stesen minyak sekitar Kuching, pengguna terpaksa angkat pam hijau 02

Juga baca: Jualan RON 97 merudum, semakin ramai pam RON 95 - subsidi petrol tambah beban kewangan negara

Setakat ini, RON 95 masih dijual pada harga bersubsidi iaitu RM 2.05 seliter. Kerajaan Malaysia dikhabarkan akan melaksanakan subsidi bersasar untuk penjualan petrol RON 95 susulan kenaikan harga minyak mentah dunia yang kian membebankan kewangan negara. Pemberian subsidi petrol berdasarkan pendapatan itu dijangka akan memanfaatkan golongan B40.

Sumber: Utusan Borneo

Juga baca: Azmin: Pemilik BMW tak boleh dapat subsidi sama dengan pemilik Kancil, subsidi bahan api tertumpu mungkin dilaksanakan

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda