window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Carnival 2024 RHD facelift debut ASEAN - 1.6L turbo hybrid, 245 PS/367 Nm, 14 km/L!

Faisal · Jan 12, 2024 12:23 PM

Kia Carnival 2024 RHD facelift debut ASEAN - 1.6L turbo hybrid, 245 PS/367 Nm, 14 km/L! 01

Singapore Motorshow 2024 merupakan acara di mana Kia Carnival facelift membuat debut untuk versi pandu belah kanan (RHD). Model kemaskini buat MPV ini dirasmikan di Korea pada Oktober tempoh hari.

Setakat ini, harga di Singapura belum diumum.

Kia Carnival 2024 RHD facelift debut ASEAN - 1.6L turbo hybrid, 245 PS/367 Nm, 14 km/L! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi dari segi teknikal, ia datang dengan enjin 1.6L turbo hybrid (debut pada Carnival) yang menghasilkan 245 PS/367 Nm. Penggunaan petrolnya adalah serendah 14 km/L (7.14 L/100 km).

Juga bacaKia Carnival 2024 facelift debut - gaya futuristik dan kini ada enjin 1.6L turbo hybrid!

Kia Carnival 2024 RHD facelift debut ASEAN - 1.6L turbo hybrid, 245 PS/367 Nm, 14 km/L! 01

Di Korea, Kia Carnival facelift hadir dengan 3 mod motor:

  • E-Ride: Untuk keselesaan perjalanan dengan menawarkan tork yang lancar
  • E-Handling: Meningkatkan tahap respon stereng dan kestabilan badan dengan menggunakan tork motor sewaktu selekoh diambil
  • E-EHA (Electrically Evasive Handling Assist): Meningkatkan beban pada gandar roda depan dan belakang untuk kecekapan selekoh mengejut bagi mengurangkan impak pelanggaran

Untuk penumpang, unit di Singapura ditawarkan dengan 7 tempat duduk (konfigurasi 2-2-3), manakala Korea ada memawarkan versi 9 dan 11 tempat duduk (sama seperti di Malaysia).

Kia Carnival 2024 RHD facelift debut ASEAN - 1.6L turbo hybrid, 245 PS/367 Nm, 14 km/L! 02

Secara amnya, Kia telah meningkatkan tahap keselesaan suspensi dan kesenyapan kabin pada Carnival facelift.

Kia Carnival 2024 RHD facelift debut ASEAN - 1.6L turbo hybrid, 245 PS/367 Nm, 14 km/L! 03

Antara ciri baharu yang ditawarkan, sekurang-kurangnya untuk pasaran Korea Selatan ialah:

  • Batang penahan bonet enjin jenis gas
  • Paparan Head-Up Display
  • Cermin pandang belakang jenis digital
  • Sistem pengesahan jenis cap jari
  • Sistem arahan suara pelbagai zon

Kia Carnival 2024 RHD facelift debut ASEAN - 1.6L turbo hybrid, 245 PS/367 Nm, 14 km/L! 04

Di Korea, harga Carnival Hybrid versi 7 tempat duduk dijual bermula KRW 46.2 juta (~RM 163k). Bagi anda yang belum tahu, model sekarang yang ada di Malaysia dipasang di Kulim (CKD) dan ditawarkan melalui 4 varian seperti berikut:

  • Carnival 2.2D 11-tempat duduk – RM 213,888
  • Carnival 2.2D 8-tempat duduk Mid – RM 229,888
  • Carnival 2.2D 8-tempat duduk High – RM 245,888
  • Carnival 2.2D 7-tempat duduk High – RM 259,888

Juga bacaLebih besar dari Alphard serba baru? Inilah harga dan spesifikasi Kia Carnival 2024 di Malaysia

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda