window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Malaysia bakal lancar 3 model hybrid untuk 2024; Vios Hybrid, Yaris Cross Hybrid & Camry Hybrid

Faisal · Jan 8, 2024 11:20 AM

Toyota Malaysia bakal lancar 3 model hybrid untuk 2024; Vios Hybrid, Yaris Cross Hybrid & Camry Hybrid 01

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja mengumumkan bahawa mereka mengakhiri 2023 dengan jumlah jualan sebanyak 108,107 unit, paling tinggi sejak tahun 2012 (105,151 unit).

Dalam pengumuman tersebut, Presiden Datuk Ravindran K. turut memberi petunjuk mengenai model Toyota baharu yang mereka akan lancar pada tahun 2024.

Katanya, “Dengan rasa teruja untuk 2024, fokus kami adalah untuk memperkenalkan lebih banyak model, khususnya yang menekankan teknologi xEV”.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk pengetahuan anda, xEV bermaksud kereta berteknologi elektrifikasi seperti kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan hibrid plug-in (PHEV), kenderaan elektrik hibrid (HEV) dan kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV). Dalam konteks Malaysia, hanya HEV yang relevan.

Malah, UMW sudah beberapa kali memberitahu bahawa hibrid adalah jalan penyelesaian pengurangan karbon yang paling berkesan di Malaysia sekarang.

Toyota Malaysia bakal lancar 3 model hybrid untuk 2024; Vios Hybrid, Yaris Cross Hybrid & Camry Hybrid 01

Setakat ini, UMWT menawarkan dua model hibrid iaitu Toyota Corolla Cross Hybrid (RM 142,000) dan Toyota Innova Zenix Hybrid (RM 202,000).

Juga bacaRebiu: Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 - Honda HR-V baharu 'kureng'? Inilah jalan terbaik!

Sebagai perbandingan, setiap model Honda Malaysia ada menawarkan varian hibrid, kecuali WR-V.

Oleh kerana itu, kekurangan model hibrid daripada Toyota akan diutarakan oleh UMWT dalam tahun ini. Walaupun kenyataan UMWT tidak memberitahu model xEV apa yang bakal dilancarkan, tidak sukar untuk meneka yang mana satu.

Toyota Vios Hybrid 2024

Toyota Malaysia bakal lancar 3 model hybrid untuk 2024; Vios Hybrid, Yaris Cross Hybrid & Camry Hybrid 02

Varian 1.5L NA.

Toyota sememangnya sedang membangunkan versi hibrid buat Vios. Ia dijangka membuat debut di Bangkok Motor Show 2024 pada Mac ini.

Di Malaysia, Honda City sudah ditawarkan dengan trenkuasa hibrid sejak generasi lepas lagi. Dalam pasaran kita sekarang, Honda City e:HEV RS Hybrid dijual pada harga RM 111,900.

Juga bacaPengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km!

Secara tidak langsung, agak logik sekiranya UMWT melancarkan Toyota Vios Hybrid sekitar RM 100k di mana ia dikhaskan untuk pembeli kereta segmen B dalam spektrum harga tersebut.

Toyota Yaris Cross 2024

Toyota Malaysia bakal lancar 3 model hybrid untuk 2024; Vios Hybrid, Yaris Cross Hybrid & Camry Hybrid 03

Model kedua pula mungkin Toyota Yaris Cross. Sama seperti Vios, Yaris Cross dibangunkan oleh platform DNGA. Ia lain daripada Yaris Cross yang ada di pasaran Singapura, Jepun, Australia atau Eropah kerana model tersebut menggunakan arkitektur TNGA.

Menariknya, Yaris Cross adalah kembar kepada SUV Perodua akan datang, yang berkod D66B/sinonim dengan nama Perodua Nexis – antara nama yang ditanda dagang oleh Perodua dalam agensi pendaftaran harta intelek MyIPO.

Toyota Malaysia bakal lancar 3 model hybrid untuk 2024; Vios Hybrid, Yaris Cross Hybrid & Camry Hybrid 04

Sama seperti tetapan yang dibuat untuk Toyota Veloz-Perodua Alza, Toyota Yaris Cross juga mungkin dipasang secara kontrak oleh Perodua.

Di Thailand, Yaris Cross hanya dijual dengan enjin 1.5L hibrid. Untuk Indonesia pula, enjin 1.5L NA yang turut digunapakai pada Vios juga turut ditawarkan, tetapi hampir 80% pembeli di sana memilih varian hibrid.

Juga bacaToyota Yaris Cross - 78% pembeli di Indonesia pilih varian Hybrid berbanding petrol biasa

Toyota Camry Hybrid (2.0L) 2024

Toyota Malaysia bakal lancar 3 model hybrid untuk 2024; Vios Hybrid, Yaris Cross Hybrid & Camry Hybrid 05

Toyota Camry di Malaysia sekarang hanya ditawarkan melalui model import (CBU) Thailand iaitu dengan enjin 2.5L NA. Di pasaran lain, nadi 2.5L hibrid juga ada tetapi UMW tidak membawanya ke dalam pasaran kerana cukai tempatan akan menggandakan lagi pertambahan harganya. Bagi anda yang belum tahu, Camry 2.5V sekarang pun sudah berharga RM 219,800.

Toyota Camry 2024 yang dibangunkan sebagai model perubahan ketara (bukan model generasi baharu sepenuhnya) pula sudah membuat prebiu di China. Ia menggunakan enjin 2.0L hibrid.

Toyota Malaysia bakal lancar 3 model hybrid untuk 2024; Vios Hybrid, Yaris Cross Hybrid & Camry Hybrid 06

Secara tidak langsung, penawaran enjin lebih kecil dengan harga lebih rendah nampak sesuai dengan sasaran Toyota untuk mengetengahkan model hibrid dalam rantau ini.

Memandangkan cukai eksais kita bergantung pada kapasiti enjin, mengecilkan dari 2.5L kepada 2.0L akan mengehadkan kenaikan harga varian hibrid berbanding varian 2.5L NA. Lagipun, susunan 2-motor hibrid dapat mempertingkatkan lagi tahap prestasi, lebih kurang standing dengan varian 2.5L NA.

Juga bacaToyota Camry 2024 (XV80) akan debut Thailand pada Oktober 2024 dengan bampar monoton spec China

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota Yaris Cross International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia