window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Carnival 2024 facelift debut - gaya futuristik dan kini ada enjin 1.6L turbo hybrid!

Faisal · Oct 27, 2023 10:56 AM

Kia Carnival 2024 facelift debut - gaya futuristik dan kini ada enjin 1.6L turbo hybrid! 01

Sejak diperkenalkan pada Ogos 2020, Kia Carnival generasi keempat telah diterima dengan begitu baik sekali di serata dunia walaupun dengan pasaran yang sudah beralih ke SUV.

Kia Carnival 2024 facelift debut - gaya futuristik dan kini ada enjin 1.6L turbo hybrid! 02

Sebentar tadi pula, Kia baru sahaja mendedahkan model facelift, beberapa hari selepas beberapa intipannya tular di laman sosial di Korea.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan imej rasmi yang Kia baru keluarkan ini, hanya bahagian luar sahaja yang dapat dilihat.

Juga bacaSpyshots: Wajah baru Kia Carnival 2024 semasa penggambaran iklan di Korea, reka bentuk lebih futuristik!

Kia Carnival 2024 facelift debut - gaya futuristik dan kini ada enjin 1.6L turbo hybrid! 01

Menurut Kia, reka bentuk Carnival facelift menerapkan konbinasi perhalusan dari segi kecanggihan dengan karisma ala SUV.

Kia Carnival 2024 facelift debut - gaya futuristik dan kini ada enjin 1.6L turbo hybrid! 02

Pada bahagian depan, lampu diubah suai dengan tambahan unsur menegak. Varian Gravity di Korea seperti di atas pula hadir dengan trim metalik berwarna gelap.

Kia Carnival 2024 facelift debut - gaya futuristik dan kini ada enjin 1.6L turbo hybrid! 03

Reka bentuk lampu baru juga diterapkan pada bahagian belakang tetapi selain daripada itu, tempat nombor plat turut ditukar ke belah bawah untuk estetik yang lebih rapi.

Dari segi pilihan, terdapat 6 warna badan iaitu Ivory Silver, Snow White Pearl, Astra Blue, Aurora Black Pearl, Pantera Metal dan Ceramic Silver.

Kia Carnival 2024 facelift debut - gaya futuristik dan kini ada enjin 1.6L turbo hybrid! 04

Trenkuasa 1.6L turbo hybrid yang digunapakai pada Sorento Hybrid.

Untuk pasaran Korea, Kia mengumumkan bahawa Carnival facelift hadir dengan 3 pilihan trenkuasa dan salah satunya adalah nadi 1.6L turbo hybrid. Setakat ini, sebarang angka kuasa belum diumumkan tetapi enjin petrol dan diesel mungkin dikekalkan dari model pra-facelift.

Kia Carnival 2024 facelift debut - gaya futuristik dan kini ada enjin 1.6L turbo hybrid! 05

Model pra-facelift.

Dalam siaran media, Kia memberitahu bahawa untuk Korea, tempahan MPV besar ini boleh dibuat bermula bulan hadapan. Di Malaysia, Carnival pra-facelift masih dijual iaitu dengan nadi 2.2L turbodiesel melalui 4 variant seperti berikut:

  • 2.2D 11 tempat duduk (CBU) – RM 199,840
  • 2.2D 8 tempat duduk (CKD) - RM 231,228
  • 2.2D 8 tempat duduk High (CKD) - RM 247,228
  • 2.2D 7 tempat duduk High (CKD) - RM 261,228
@wapcar_zamil Ke baik beli Alza baru je 😝 #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #learnontiktok #kelastiktok #belajaronline #malaysia #kiacarnival #kia ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda