window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kilang kereta belum buka operasi hari ini walaupun diluluskan. Kenapa?

Mersita · Aug 16, 2021 04:00 PM

Kilang kereta belum buka operasi hari ini walaupun diluluskan. Kenapa? 01

Sejurus selepas pengumuman pembukaan semula kedai cuci kereta, pusat pengedar, dan kedai aksesori kereta dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), satu pengumuman susulan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga mengesahkan yang semua kilang pembuatan ‘non-esssential’ juga sudah dibenarkan buka semula.

Kilang kereta belum buka operasi hari ini walaupun diluluskan. Kenapa? 02

Tapi seperti sebelum ini, walaupun pengumuman untuk operasi dibuka semula amat dialu-alukan, ia dilakukan secara terlalu tiba-tiba. Setelah lebih setahun menangani pandemik ini, kerajaan belum lagi memperbetulkan cara pengumuman dibuat dan para pengilang di seluruh negara kacau-bilau menguruskan hal-hal berkait.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun kilang dibenarkan buka semula pada hari ini iaitu 16 Ogos 2021, setakat pagi tadi pengilang masih lagi tutup kerana mereka perlu mengesahkan perincian pengumuman tersebut disamping mempelajari prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan.

Baca juga: PKP TERKINI: Pusat cuci kereta & bilik pameran dibenarkan buka bermula 16 Ogos!

Kilang kereta belum buka operasi hari ini walaupun diluluskan. Kenapa? 01

Selain itu, ada juga kemungkinan yang majlis-majlis bandaraya/bandar/daerah akan menentukan kelulusan akhir selepas kelulusan MITI bagi kilang-kilang yang dibenarkan buka semula. Oleh itu, sila buat semakan semula dengan majlis bandar masing-masing tentang status pembukaan semula kilang di tempat anda.

Dengan pengumuman oleh kerajaan persekutuan tentang pembukaan semula kilang ‘non-essential’ ini, pihak kerajaan memberi butiran lanjut mengatakan syarikat dengan jumlah pekerja yang sudah divaksin lengkap pada kadar 40 hingga 59 peratus akan dibenarkan beroperasi pada tahap kapasiti 60 peratus.

Kilang kereta belum buka operasi hari ini walaupun diluluskan. Kenapa? 02

Pekerja yang sudah menerima dos vaksin lengkap antara 60 hingga 79 peratus pula akan dibenarkan beroperasi pada tahap kapasiti 80 peratus, manakala syarikat dengan pekerja lengkap vaksin antara 80 hingga 100 peratus akan dibenarkan beroperasi pada kapasiti penuh.

Bagi membuktikan tahap peratusan pekerja lengkap vaksin ini, syarikat-syarikat terlibat haruslah mengisytiharkan nama dan nombor telefon pekerja-pekerja mereka yang sudah menerima vaksin lengkap di Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Kilang kereta belum buka operasi hari ini walaupun diluluskan. Kenapa? 03

Penyambungan semula operasi hanya boleh dilaksanakan di negeri-negeri yang mempunyai kadar vaksinasi lebih 50 peratus dikalangan orang dewasa.

Contohnya di Pulau Pinang, aktiviti pengilangan di negeri itu tidak dibenarkan buka semula dan memandangkan Pulau Pinang satu-satunya hab pengilangan elektronik di negara ini - pengkalan kilang seperti Bosch dan Continental - kilang-kilang yang bergantung kepada negeri ini untuk komponen kenderaan masih belum dapat beroperasi.

Selain dari itu, MITI juga telah mengumumkan yang semua syarikat perlu menjalankan Ujian Antigen RTK mengikut kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia secara kendiri atau di pusat-pusat kesihatan setiap dua minggu untuk para pekerjanya.

Oleh itu, walaupun pengilang termasuklah bilik pameran kini dibenarkan beroperasi semula, mereka memilih untuk kekal tutup sementara mereka mengesahkan perincian syarat-syarat serta SOP tambahan yang diperlukan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda