window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Konon nak rai 'kemerdekaan' lepas SPM, akhirnya dapat surat saman!

Khairil ยท Mar 5, 2021 11:59 AM

Konon nak rai 'kemerdekaan' lepas SPM, akhirnya dapat surat saman! 01

Keseronokan 63 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Melaka meraikan 'kebebasan' selepas selesai menduduki kertas terakhir berakhir dengan duka apabila kesemuanya dilayangkan saman, semalam.

Ia berikutan ketika kesemua mereka sedang berseronok melakukan aksi samseng bermotosikal, pihak Polis turut melakukan pemantauan dengan menjalankan satu Op Khas (pengubahsuaian ekzos dan pemantauan calon SPM).

Konon nak rai 'kemerdekaan' lepas SPM, akhirnya dapat surat saman! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kejadian berlaku di Jalan Pantai Puteri dan Dataran Klebang di Melaka. Sebelum ini pada tahun 2019, kejadian sama turut berlaku dan tular di media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, sejumlah 92 saman dikeluarkan dalam Op berkenaan yang dilakukan kira-kira pukul 3 petang itu.

Konon nak rai 'kemerdekaan' lepas SPM, akhirnya dapat surat saman! 01

“Kejadian yang sama pernah berlaku sebelum ini melibatkan calon SPM 2019 dan aksi semsang jalanan mereka kononnya menyambut ‘kebebasan’ itu turut tular di media sosial.

“Jadi, pada tahun ini pasukan kami telah bersiap sedia dan hasil pemantauan di lokasi sasaran berjaya mengesan kumpulan calon SPM ini dengan seramai 63 telah disaman atas pelbagai kesalahan di bawah Pol 257,” katanya.

Konon nak rai 'kemerdekaan' lepas SPM, akhirnya dapat surat saman! 02

Mengulas lanjut, Hasan berkata pihaknya juga menyita 14 buah motosikal pelbagai jenis dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan lanjut.

Antara kesalahan dilakukan oleh kesemua calon SPM itu antaranya adalah tidak pamer lesen P dan L, iaitu sebanyak 21 kes, diikuti aksesori tidak sempurna (17) dan ubah surau ekzos (enam).

“Kita turut mengeluarkan lima saman masing-masing bagi kesalahan ubah suai struktur atau peralatan, tidak memakai topi keledar dan tiada nombor pendaftaran.

“Manakala tiga saman dikeluarkan bagi setiap kesalahan tiada lesen, nombor plat tidak ikut pendaftaran, tiada perlindungan insuran, brek tidak berfungsi, nombor fancy, tiada cermin sisi dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh,” katanya.

Dalam operasi itu juga, sebanyak tiga saman turut diberikan terhadap penunggang berusia 16 tahun ke bawah dan enam saman kepada penunggang 17 tahun ke bawah, selain satu atas kesalahan benarkan penunggang tanpa lesen.

Konon nak rai 'kemerdekaan' lepas SPM, akhirnya dapat surat saman! 03

Mengimbas kejadian yang berlaku pada 2019, beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka dicemari sekumpulan pelajar yang menunggang motosikal dan memandu kereta menunjukkan lagak ‘samseng’ dengan membuat pelbagai aksi di atas jalan raya.

Konon nak rai 'kemerdekaan' lepas SPM, akhirnya dapat surat saman! 04

Tindakan 'bodoh' itu turut dirakam dan menjadi tular dengan pihak Polis kemudian mengambil tindakan dengan mengeluarkan saman dan sebagainya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda