window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KPDNHEP siasat kenderaan asing isi minyak bersubsidi, pemantauan agresif juga akan dipertingkat!

Haris ยท Apr 4, 2022 10:00 AM

KPDNHEP siasat kenderaan asing isi minyak bersubsidi, pemantauan agresif juga akan dipertingkat! 01

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan kenyataan di atas gambar yang tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan yang didaftarkan di Singapura mengisi minyak RON 95 di Malaysia yang bersubsidi untuk rakyat tempatan.

Dalam kenyataan tersebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai gambar yang tular itu serta siasatan telah dijalankan dengan beberapa langkah proaktif kini disusun kementeriannya.

KPDNHEP siasat kenderaan asing isi minyak bersubsidi, pemantauan agresif juga akan dipertingkat! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Kenderaan itu yang mempunyai nombor pendaftaran Singapura dikatakan mengisi petrol menggunakan nozel berwarna kuning disyaki RON95.

"Kementerian memandang serius isu ini dan saya sudah mengarahkan Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP untuk menjalankan siasatan dengan serta-merta. Saya juga mengarahkan pemantauan lebih agresif dijalankan di semua stesen minyak terutama berdekatan dengan negeri bersempadan bagi mengelakkan ketirisan penjualan minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing,"

"Selain memastikan bekalan barangan mencukupi dan dijual pada harga munasabah, Op Pantau 2022 turut akan memastikan pematuhan yang tinggi oleh peniaga berikutan pembukaan sepenuhnya sektor ekonomi dan pintu sempadan negara bermula 1 April lalu.

KPDNHEP siasat kenderaan asing isi minyak bersubsidi, pemantauan agresif juga akan dipertingkat! 01

"KPDNHEP dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan kepada semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang bersempadan dengan Singapura bagi memastikan pematuhan larangan penjualan RON95 kepada semua kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing.

"Malah, kementerian juga mengarahkan KPDNHEP negeri yang bersempadan dengan Singapura dan Thailand supaya mempergiatkan pemantauan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974)," katanya.

Beliau berkata, individu yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi perbadanan atau syarikat, pihak terbabit boleh didenda tidak melebihi RM2 juta.

"Orang ramai boleh membuat aduan dan melaporkan kepada KPDNHEP jika terdapat aktiviti penyelewengan penjualan minyak bersubsidi kepada pihak yang tidak sepatutnya," katanya.

Baca: Gelagat 'jelik' rakyat Singapura isi minyak di Malaysia jadi bualan, siap guna 'jack'!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda