window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MAA: Sasaran jualan kereta tahun 2022 cecah 600k, kita sudah kembali ke zaman pra-Covid?

Faisal ยท Jan 25, 2022 11:00 AM

MAA: Sasaran jualan kereta tahun 2022 cecah 600k, kita sudah kembali ke zaman pra-Covid? 01

  • MAA sasar jualan tahun 2022 sebanyak 600,000 unit
  • Pengecualian cukai jualan akan diteruskan untuk pacu jualan
  • Produksi dan penyerahan akan dipertingkatkan

Malaysia Automotive Association (MAA) menyasarkan total industry volume (TIV) sebanyak 600,000 unit untuk tahun 2022. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan peningkatan daripada 508,911 unit bagi tahun 2021, iaitu lonjakan sebanyak 17.9 peratus. Kali terakhir TIV kita disasarkan atas 600k unit adalah pada tahun 2019, iaitu sebelum Covid-19 melanda kita dimana analisis jualan diraih sebanyak 604,287 unit.

MAA: Sasaran jualan kereta tahun 2022 cecah 600k, kita sudah kembali ke zaman pra-Covid? 02

Tahun lalu, dengan lockdown yang tidak menentu dan bekalan cip mikro yang terhad, TIV buat dua tahun berturut-turut menurun kepada 508,911 unit, iaitu 4% kurang berbanding tahun 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MAA: Sasaran jualan kereta tahun 2022 cecah 600k, kita sudah kembali ke zaman pra-Covid? 01

Menurut presiden MAA, antara sebab kenapa mereka yakin bahawa 600k unit bagi tahun 2022 tidak mustahil adalah kerana ekonomi global yang dijangka bangkit semula memandangkan kebanyakan sektor telahpun beroperasi seperti biasa. Lagi satu, kerajaan Malaysia untuk tahun 2022 telahpun menyasarkan pertumbuhan positif  buat GDP, iaitu dari 5.5% kepada 6.5%. Pertumbuhan ini bakal dipacu oleh Bajet 2022 yang mana ia mengutamakan ekonomi dan aktiviti sosial.

MAA: Sasaran jualan kereta tahun 2022 cecah 600k, kita sudah kembali ke zaman pra-Covid? 02

Dalam masa yang sama, lanjutan pengecualian cukai jualan untuk kereta penumpang sehingga 30 Jun 2022, produksi syarikat automotif yang sedang dipertingkatkan dan penyerahan kenderaan yang belum dilaksanakan serta tempahan baharu akan kekal sebagai tunjang kepada usaha untuk meningkatkan jualan kereta baru di Malaysia.

MAA: Sasaran jualan kereta tahun 2022 cecah 600k, kita sudah kembali ke zaman pra-Covid? 03

Walau bagaimanapun, menurut MAA, industri automotif mungkin kekal berhadapan dengan cabaran bekalan yang berkait dengan pendemik seperti cip semikonduktor, peningkatan kos penghantaran, isu politik yang tidak menentu dan bermacam-macam lagi. Perkara sebegini memang boleh menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara dan jualan kereta baru.

MAA: Sasaran jualan kereta tahun 2022 cecah 600k, kita sudah kembali ke zaman pra-Covid? 04

Apapun, kemelut ini mungkin tidak akan memberi kesan yang mengejut terhadap sektor ekonomi kerana pihak berkuasa dan insan yang terlibat memiliki 2 tahun pengalaman dalam menangani krisis Covid-19.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda