window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia tempat ke-4 bagi tahap trafik paling sesak di ASEAN, pelepasan CO2 paling tinggi

Mersita · Jan 14, 2021 06:00 PM

Malaysia tempat ke-4 bagi tahap trafik paling sesak di ASEAN, pelepasan CO2 paling tinggi 01

Keadaan trafik dan lalu-lintas di negara kita sering dibelenggu kesesakan terutama sekali di beberapa kawasan urban. Pasti ramai yang ‘rindu’ dengan jalan sesak terutama sekali ketika waktu puncak sebelum pandemik COVID-19 melanda negara kita.

Hakikat ini dikukuhkan lagi dengan bukti data yang dikumpul oleh Numbeo, satu badan bebas yang mempunyai pangkalan data kos sara hidup terbesar di dunia. Menurut laporan Indeks Trafik Numbeo 2020, Kuala Lumpur, Malaysia berada pada tempat ke-4 bagi tahap kesesakan trafik paling teruk di dalam senarai negara ASEAN dengan skor indeks trafik sebanyak 197.76 mata.

Malaysia tempat ke-4 bagi tahap trafik paling sesak di ASEAN, pelepasan CO2 paling tinggi 02

Senarai ini adalah berdasarkan purata masa yang diluangkan di dalam trafik, ketidakcekapan keseluruhan sistem trafik, dan juga tahap pelepasan karbon dioksida di negara berkaitan. Sumber: Numbeo

Skor yang lebih tinggi di dalam indeks trafik ini bermaksud kualiti trafik yang lebih rendah bagi sesebuah negara berkenaan. Kuala Lumpur berada pada tempat ke-39 di dalam ranking global - di atas Washington DC, AS (196.72 mata).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi indeks masa yang diluang di dalam trafik, pengguna jalan raya di Kuala Lumpur menghabiskan masa lebih kurang 42.23 minit di dalam kesesakan jalan raya bagi satu perjalanan.

Malaysia tempat ke-4 bagi tahap trafik paling sesak di ASEAN, pelepasan CO2 paling tinggi 01

Data bagi tahun 2019 pula menunjukkan Malaysia mempunyai skor indeks trafik sebanyak 184.7 mata dan meluangkan masa sekitar 40.09 minit di dalam kesesakan lalu lintas. Ini menunjukkan peningkatan 7% dari segi skor indeks trafik dan peningkatan 5% dari segi masa yang diluang di dalam kesesakan trafik dalam tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya.

Malaysia tempat ke-4 bagi tahap trafik paling sesak di ASEAN, pelepasan CO2 paling tinggi 02

Indeks Pelepasan Karbon Dioksida di negara SEA. Sumber: Numbeo

Namun, satu perkara yang nyata ialah di dalam negara ASEAN, Malaysia mempunyai kadar pelepasan karbon dioksida paling tinggi – dengan skor indeks yang merisaukan iaitu 8584.42 mata. Bagi rantau Asia, Jepun mempunyai kadar pelepasan karbon dioksida paling rendah (1125.34 mata).

Malaysia tempat ke-4 bagi tahap trafik paling sesak di ASEAN, pelepasan CO2 paling tinggi 03

Banyak negara Asia sudah mengambil langkah untuk menurunkan tahap pelepasan gas rumah hijau dalam usaha mereka untuk meredakan impak perubahan iklim dunia. Malaysia bila lagi?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda