window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MB Kedah didakwa langgar SOP PKP ‘test drive’ Ford Raptor, polis buka kertas siasatan

Mersita · Jun 6, 2021 01:00 PM

MB Kedah didakwa langgar SOP PKP ‘test drive’ Ford Raptor, polis buka kertas siasatan 01

Satu dakwaan berserta beberapa gambar bukti mula tular di media sosial semalam menunjukkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memandu uji sebuah kenderaan pacuan 4 roda, Ford Raptor, di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Bukit Mertajam semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata siasatan keatas dakwaan ini sedang dilakukan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

MB Kedah didakwa langgar SOP PKP ‘test drive’ Ford Raptor, polis buka kertas siasatan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pihak polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk menteri besar untuk membantu siasatan, lapor Bernama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu dikecam hebat di media sosial berikutan dakwaan beliau memandu uji sendiri trak pikap berkenaan dengan diiringi seorang penasihat jualan (SA) Ford berserta dua orang lelaki.

MB Kedah didakwa langgar SOP PKP ‘test drive’ Ford Raptor, polis buka kertas siasatan 01

Saksi yang menangkap gambar-gambar bukti berkenaan berkongsi pengalamannya di Facebook. Menurutnya, kejadian berlaku pada 6.30 petang 5 Jun (Sabtu) ketika dia bersama suami memarkir kereta di kedai Eco Shop bersebelahan pusat jualan Ford itu.

Sebelum turun dari kereta, dia terlihat seseorang yang dikenali lalu suaminya mengesahkan yang individu berkenaan ialah MB Kedah.

Mereka pada mulanya menganggap pertemuan MB Kedah bersama penasihat jualan (SA) tersebut adalah untuk penyerahan kereta. Namun, setelah mereka membuat pemeriksaan lanjut, Ford Raptor berkenaan ialah kereta ‘Test Drive’.

MB Kedah didakwa langgar SOP PKP ‘test drive’ Ford Raptor, polis buka kertas siasatan 02

“Selepas lebih kurang 10 minit, kereta test drive tersebut tiba kembali.. Mereka semua turun, seperti ada perbincangan.. Dan mungkin ada niat untuk meneruskan test drive atau view kereta ford test drive yang kedua (warna putih),” tulis saksi berkenaan di Facebook.

Mereka akhirnya nekad untuk mendapatkan jawapan daripada SA itu sendiri namun SA berkenaan menafikan ada membuat pandu uji. Tanpa disedari, MB berkenaan bersama dua lelaki yang mengiringinya beredar menaiki sebuah Toyota Vellfire dan hilang dari pandangan.

MB Kedah didakwa langgar SOP PKP ‘test drive’ Ford Raptor, polis buka kertas siasatan 03

Saksi berkata dia melihat sendiri bagaimana ketiga-tiga individu berkenaan melihat kereta baharu itu sebelum membuat pandu uji selama kira-kira 10 minit.

“Yang pasti tadi mereka sedang view kereta siap test drive!!”, tulisnya dalam satu 'post' Facebook yang telahpun dipadam.

Setiausaha MB Kedah menafikan dakwaan tersebut dalam satu penulisan yang dimuat naik di Facebook.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda