window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mendahului Malaysia, GWM Ora Goodcat menjadi kenderaan elektrik bateri pertama (CKD) di Thailand dengan bateri buatan Thailand

Zamil Syaheer · Jan 16, 2024 10:00 AM

Mendahului Malaysia, GWM Ora Goodcat menjadi kenderaan elektrik bateri pertama (CKD) di Thailand dengan bateri buatan Thailand 01

Model Ora Good Cat yang unik telah menjadi kenderaan elektrik bateri (BEV) yang dipasang tempatan pertama di Thailand; dikeluarkan dari kilang Rayong GWM, fasiliti pengeluaran kedua terbesar syarikat ini di luar China.

Michael Zhang, Naib Presiden ASEAN, Jenama & Komunikasi berkata di halaman LinkedInnya, "GWM mengadakan Upacara Pengeluaran Barisan GWM Ora Good Cat yang Pertama, satu tonggak baru yang menunjukkan keupayaan syarikat ini untuk pengeluaran GWM Ora Good Cat baru dari barisan pengeluaran tempatan. BEV pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran di Thailand ini menjadikan GWM jenama automotif pertama dengan keupayaan pengeluaran xEV penuh dari HEV, PHEV hingga BEV di Thailand."

Mendahului Malaysia, GWM Ora Goodcat menjadi kenderaan elektrik bateri pertama (CKD) di Thailand dengan bateri buatan Thailand 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menggantikan model buatan China (CBU) yang diperkenalkan pertama kali di Thailand pada Jun 2022, semua varian CKD Ora Goodcat kini mendapat bateri fosfat besi lithium (LFP) tunggal berkapasiti 57.7 kWh yang bekalan baterinya kini disediakan oleh anak syarikat pengeluaran bateri GWM, SVolt Energy Technology.

Bateri SVolt buatan Thailand yang dihasilkan di Chonburi akan menggantikan bateri CATL sebelum ini dalam model Goodcat yang diimport sepenuhnya, yang mempunyai bateri berkapasiti 47.8 kWh dalam varian Tech (yang sudah dihentikan) dan Pro, dan bateri berkapasiti 63.1 kWh dalam varian Ultra dan GT.

Mendahului Malaysia, GWM Ora Goodcat menjadi kenderaan elektrik bateri pertama (CKD) di Thailand dengan bateri buatan Thailand 01

Hasilnya, jarak pemanduan kini adalah 480 km dalam varian Pro dan Ultra serta 460 km dalam varian GT, mengikut piawai NEDC masing-masing.

Baca juga: 11 buah GWM Ora Good Cat berjaya konvoi merentasi 15 bandar di 3 negara, Bangkok - KL - Singapura

Apa-apapun, penawaran varian dan spesifikasi kekal tidak berubah. Harga bermula dari THB 799,000 (~RM 106,000) untuk varian Pro dan Ultra 143 PS/210 Nm manakala varian GT 171 PS/250 Nm dijual pada harga THB 1.099 juta (~RM 146,000), termasuk subsidi kerajaan Thailand terkini (EV3.5) yang sah sehingga 2027 untuk kenderaan EV CKD.

Mendahului Malaysia, GWM Ora Goodcat menjadi kenderaan elektrik bateri pertama (CKD) di Thailand dengan bateri buatan Thailand 02

Di Malaysia, GWM Malaysia telah melantik kilang EP Manufacturing (EPMB) di Melaka sebagai pengeluar kontraknya. Kilang berkapasiti 30,000 unit setahun ini dirancang untuk memulakan operasi pada tahun depan.

Pengumuman GWM Malaysia tidak menyatakan sama ada model CKD bakal merangkumi penghasilan Ora Good Cat, satu-satunya model yang mereka jual pada masa ini. Pengumuman GWM hanya menyebut, "Jangkakan penawaran  model yang menonjol seperti SUV GWM, pikap, dan kenderaan elektrik inovatif."

Ora Good Cat yang diimport dari China kini dijual dengan harga RM 140,500 untuk varian 400 Pro dan RM 170,500 untuk varian 500 Ultra.

Baca juga: Model CKD GWM Malaysia SAH untuk 2024! - Haval H6 & Haval Jolion termasuk, Ora Good Cat tiada

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 ORA Good Cat 400 Pro

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda