Mengejutkan. Petronas tarik diri taja pasukan MotoGP Yamaha SRT 2022?

Khairil · Aug 13, 2021 01:00 PM

Mengejutkan. Petronas tarik diri taja pasukan MotoGP Yamaha SRT 2022? 01

Pengesahan persaraan legenda Itali, Valentino Rossi sejurus musim 2021 berakhir dan penghijrahan Franco Morbidelli ke pasukan utama menyaksikan pasukan MotoGP Malaysia, Petronas Yamaha SRT terdesak mencari pelumba bagi musim 2022.

Juga baca: Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021!

Beberapa pelumba berkualiti dikaitkan menyertai pasukan berkenaan antaranya juara WSBK, Jonanthan Rea, Garrett Gerloff dan jaguh Moto2 KTM, Raul Fernandez namun semuanya tampak menemui jalan buntu.

Mengejutkan. Petronas tarik diri taja pasukan MotoGP Yamaha SRT 2022? 01

Razlan Razali (tengah)

Situasi berkenaan jelas membuatkan Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali 'pening kepala'.

Dan tanpa sebarang petanda, muncul berita mengejutkan yang mendakwa syarikat petroleum gergasi Malaysia selaku penaja utama, Petronas merancang ingin menarik diri bagi saingan MotoGP 2022.

Mengejutkan. Petronas tarik diri taja pasukan MotoGP Yamaha SRT 2022? 02

Menurut laporan Motorsport, tindakan drastik itu dibuat susulan kesukaran pasukan berkenaan untuk mendapatkan pelumba berprofil tinggi bagi menghadapi saingan musim depan.

Mengejutkan. Petronas tarik diri taja pasukan MotoGP Yamaha SRT 2022? 03

Tanpa pelumba ternama, Yamaha juga didakwa hanya boleh menawarkan pasukan itu sepasang jentera Yamaha M1 spesifikasi B.

Pasukan Petronas Yamaha SRT yang menyertai saingan MotoGP pada 2019 meraih kempen cemerlang pada musim lalu apabila memenangi 6 pusingan perlumbaan bersama gandingan Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Mengejutkan. Petronas tarik diri taja pasukan MotoGP Yamaha SRT 2022? 04

Valentino Rossi

Malah, Morbidelli yang masih menggunakan jentera spesifikasi B M1 pada musim ini adalah naib juara dunia MotoGP tahun lalu.

Mengejutkan. Petronas tarik diri taja pasukan MotoGP Yamaha SRT 2022? 05

Franco Morbidelli

Tidak diketahui mengenai kedudukan pasukan berkenaan di saingan Moto2 dan Moto3 namun berdasarkan laporan, ia turut digugurkan.

Sumber imej: FB Petronas Yamaha SRT

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru