window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Menteri jatuh basikal langgar lubang, JKR mohon maaf tapi disindir netizen

Mersita ยท Dec 28, 2020 11:00 AM

Menteri jatuh basikal langgar lubang, JKR mohon maaf tapi disindir netizen 01

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin terlibat dalam satu kemalangan pagi semalam di Kampung Seri Cheeding in Banting, Selangor dimana beliau terjatuh dari basikalnya dan terhumban ke parit setelah melanggar lubang jalan.

Susulan kejadian itu, KJ memuatnaik kisah malangnya di media sosial Instagram dan Twitter. Kelainannya kali ini ialah, masalah jalan berlubang ini serta merta mendapat respon dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sendiri! Pada hari Ahad!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

KJ memuatnaik ciapan di Twitter dengan kapsyen “Pothole, ditch, KJ. 2020 keeps giving” dan beliau juga memuatnaik gambar yang menunjukkan kecederaan beliau di Instagram.

JKR Kuala Langat menerusi akaun Twitter menzahirkan permohonan maaf ke atas kejadian yang menimpa menteri tersebut dan mereka akan mengambil tindakan segera.

Menteri jatuh basikal langgar lubang, JKR mohon maaf tapi disindir netizen 01

Netizen Malaysia pula mengambil peluang ini untuk menyindir pihak bertanggungjawab yang sepatutnya menyelesaikan masalah jalan berlubang di sekitar negara kita sepantas cara mereka dalam kes yang satu ini. Ada yang mengatakan nasib baik KJ calar di muka saja, tapi ramai yang sudah ‘kena kambus’ disebabkan insiden yang serupa.

Ada juga yang mengadu tentang kemalangan mereka yang disebabkan oleh jalan raya rosak sehingga menyebabkan kecederaan teruk dan hilang keupayaan bekerja. Laporan sudah dibuat kepada JKR, tapi sekadar kena “seen” sahaja (dibaca tapi tak diendahkan).

Menteri jatuh basikal langgar lubang, JKR mohon maaf tapi disindir netizen 02

Ada juga yang memetik nama Lando Zawawi, seorang aktivis yang sinonim dengan masalah jalan berlubang ini dimana kesatuannya Ikatan Silaturrahim Brotherhood Shah Alam seringkali menampal lubang jalan menggunakan dana mereka sendiri kerana jenuh menunggu pihak berkuasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Baru-baru ini, kami ada kupas sedikit sebab disebalik persoalan mengapa jalan raya di Malaysia cepat rosak dan ketirisan di sebalik pengendalian kontraktor. Anda boleh baca tentangnya di sini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda