window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz: Sedan akan mati kerana elektrifikasi dan juga trend SUV - setuju?

Zamil Syaheer ยท Sep 9, 2021 06:00 PM

Mercedes-Benz: Sedan akan mati kerana elektrifikasi dan juga trend SUV - setuju? 01

Sedan biasanya dikenali dengan konfigurasi reka bentuk tiga kotak di mana anda dapat melihat tiga ruang yang berbeza - enjin, penumpang, but - dari pandangan profil sisi.

Sekiranya anda melihat barisan model EQ dari Mercedes-Benz yang duduk diatas platform elektrik khusus (EVA), pendekatan 'reka bentuk satu haluan' telah diambil. Tidak ada reka bentuk tiga kotak yang dapat dilihat, kini keseluruhan profil kereta kelihatan seperti busur.

Juga baca: Mercedes-Benz rasmikan EQE, EQB & Concept EQG – jajahan EV bermula sekarang

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz: Sedan akan mati kerana elektrifikasi dan juga trend SUV - setuju? 01

Dengan dunia automotif kini memberi fokus lebih ke arah elektrifikasi, Ketua Pegawai Reka Bentuk Mercedes-Benz Gorden Wagener mengatakan kepada Top Gear, "Elektrifikasi akan membunuh sedan tiga kotak kerana beberapa sebab."

"Pertama sekali, aerodinamik. Kedua, dengan pek bateri bersaiz enam inci, sedan tiga kotak tidak akan nampak, ia menjadi buruk. Anda mesti melakukan sesuatu yang ‘mengubah’ ketinggian secara visual.

Mercedes-Benz: Sedan akan mati kerana elektrifikasi dan juga trend SUV - setuju? 02

"Itulah sebabnya kami tampil dengan rekaan berani dengan model EQ, kerana ia nampak begitu panjang serta bergaya. Elektrifikasi akan mengubah dimensi kereta. Kita harus memastikan bahawa mereka semua tidak nampak sama, tetapi rasa takut (untuk merubah reka bentuk) itu sudah wujud selama 30 tahun atau lebih. Kami berjaya menjadikannya kelihatan berbeza, dan saya yakin dapat kita akan dapat melakukannya pada masa akan datang, ”tambahnya.

Mercedes-Benz: Sedan akan mati kerana elektrifikasi dan juga trend SUV - setuju? 03

Pembuat kereta dari Sweden, Volvo, mempamerkan visi masa depan EV bermula dengan model Concept Recharge - asas untuk model SUV unggulan baru yang diharapkan dapat menggantikan Volvo XC90. Ini memberi petanda bahawa Volvo merasakan bahawa SUV akan kekal sebagai produk terlaris di masa depan.

Malah, jika kita melihat model-model EV dari BMW, tidak ada satupun yang menggunakan reka bentuk sedan. BMW i4 yang baru diumumkan di Malaysia adalah coupe empat pintu, sementara BMW iX dan iX3 adalah SUV.

Juga baca: Penangan BMW iX 2021 di Malaysia, cecah 64 tempahan dalam masa 5 hari!

Mercedes-Benz: Sedan akan mati kerana elektrifikasi dan juga trend SUV - setuju? 04

Jika dilihat dari keutamaan pembeli kereta baru terhadap SUV, nampaknya sedan tiga kotak tradisional akan tinggal hanya kenangan.

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda