window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Merempit' di malam ambang Merdeka, 'Superman' antara ditahan!

Khairil ยท Sep 1, 2021 02:00 PM

'Merempit' di malam ambang Merdeka, 'Superman' antara ditahan! 01

Meraikan sambutan kemerdekaan ke-64 Malaysia dengan 'merempit'. Itu tindakan 'tiada otak' yang dilakukan segelintir individu sekalipun negara masih dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi membendung penularan Covid-19 di malam ambang merdeka, baru-baru ini.

Dan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan pengguna jalan raya lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil menjalankan operasi di seluruh negara bagi membendung aktiviti tidak bermoral itu.

'Merempit' di malam ambang Merdeka, 'Superman' antara ditahan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di sekitar Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, polis dalam Op Samseng Jalanan menahan dua pemuda yang menunggang motosikal secara merbahaya termasuk melawan arus, memetik laporan BHarian.

Lebih membahayakan, suspek yang berusia 20 dan 22 tahun yang menunggang motosikal Kawasaki KR150 dan Yamaha 125z itu turut didapati tidak memakai topi keledar.

'Merempit' di malam ambang Merdeka, 'Superman' antara ditahan! 01

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kedua-dua suspek bersama motosikal mereka dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut dan ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

Selain itu, polis turut menahan empat lelaki termasuk remaja berusia 17 hingga 23 tahun di beberapa kawasan lai dan diberikan saman kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

'Merempit' di malam ambang Merdeka, 'Superman' antara ditahan! 02

Di Lebuhraya Duke, Ayer Panas, polis menerusi Op Ambang Merdeka menahan tiga lelaki berusia antara 17 hingga 21 tahun yang berlumba termasuk aksi 'Superman' berlumba sambil melakukan aksi 'zig-zag', 'roket' dan 'Superman' ketika menunggang.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata pihaknya turut menyita motosikal suspek untuk tindakan selanjutnya.

'Merempit' di malam ambang Merdeka, 'Superman' antara ditahan! 03

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain, memetik Utusan Malaysia.

'Merempit' di malam ambang Merdeka, 'Superman' antara ditahan! 04

Selain itu, Sarifudin berkata pihaknya turut mengeluarkan 306 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya di Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak dan Lebuhraya Duke dalam operasi sama selain turut menyita lapan motosikal mengikut Seksyen 64 APJ atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan iaitu ekzos.

'Merempit' di malam ambang Merdeka, 'Superman' antara ditahan! 05

Di Ipoh, Perak, pihak polis menerusi Op Khas Ambang Merdeka dan Samseng Jalanan bertindak menahan empat penunggang hasil operasi berkenaan.

Operasi yang bermula dari pukul 11 malam hingga 7 pagi itu dijalankan di sekitar Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur/ Simpang Pulai dan Kilometer 20, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.

'Merempit' di malam ambang Merdeka, 'Superman' antara ditahan! 06

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Azizan Hassan berkata, empat lelaki berusia 17 hingga 20 tahun itu ditahan kerana disyaki menunggang motosikal secara berbahaya.

Katanya, siasatan ke atas mereka akan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya."

Dalam operasi itu juga, sejumlah 143 buah kenderaan diperiksa di mana 63 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas membabitkan ubah suai kenderaan, tiada lesen memandu, nombor pendaftaran, ubah suai ekzos dan cermin sisi.

Katanya, enam motosikal disita di bawah Seksyen 64 APJ 9187 atas kesalahan ubah suai kenderaan dan 10 kompaun juga dikeluarkan ke atas individu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda