window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877!

Khairil ยท Dec 17, 2020 02:00 PM

Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877! 01

Lebih gaya, ciri keselamatan dipertingkatkan. Itulah kelebihan varian terbaharu yang dilancarkan oleh Modenas kepada model moped terlaris mereka, Kriss 110 DB (Disc Brake), hari ini.

Varian baharu ini adalah versi yang dipertingkatkan daripada model Kriss 110 yang dilancarkan Modenas atau (Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd) pada September tahun lalu.

Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara perubahan paling ketara pastinya menerusi pengenalan brek cakera yang menggunakan brek cakerapiston berkembar di tayar depan, ciri-ciri yang boleh disifatkan sebagai premium.

Selain itu, 'wajah' Kriss 110DB juga mengalami perubahan apabila turut didatangkan dengan lampu hadapan jenis multi-reflector baharu untuk peningkatan pencahayaan ketika menunggang pada waktu malam.

Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877! 01

Bagi meningkatkan lagi daya tarikan, ia turut dilengkapi dengan reka bentuk grafik baharu yang menarik sekali gus menonjolkan keseluruhan gaya motosikal berkenaan.

Dari sudut teknologi, ia dilengkapi dengan meter minyak dan indikator gear digital, soket pengecas USB dengan ruang simpan bawah tempat duduk berkapasiti 6.6 liter dikekalkan.

Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877! 02

Tambahan lain yang tidak terdapat pada kebanyakkan motosikal lain yang berada di dalam kelasnya adalah ciri lampu kecemasan baharu yang sangat penting terutama semasa kecemasan, atau ketika berhenti di tepi jalan kerana hujan lebat.

Dari sudut keselesaan, jarak roda untuk Kriss 110 DB juga lebih pendek sekali gus menjadikan pengawalannya makin mudah selain peningkatan dari sudut material dan ketebalan kusyen tempat duduknya.

Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877! 03

Dengan berat hanya 97 kilogram, ia turut diberikan dengan penyerap hentak berkembar, tayar tanpa tiub yang dilengkapi dengan sportrim, warna titanium grey pada penutup enjin dan pelindung ekzos untuk memberikan gaya sporty pada motosikal ini.

Dari sudut kuasa, tiada perubahan menerusi penggunaan enjin 4-lejang, SOHC, silinder tunggal, karburator dan sejukan udara tetapi mempunyai daya maksimum 4.9kW dan tork 6.7 Nm.

Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877! 04

Varian baharu ini hadir dengan warna merah sebagai pilihan warna baharu, didatangkan bersama warna biru dan hitam asli yang ada sebelumnya.

Sejak dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1996, model Kriss sememangnya berjaya memikat hati pengguna tempatan terutama dengan penawaran harga mampu milik.

Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877! 05

Justeru, Kriss 110 DB akan dijual dengan harga RM3,877 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berharap "Ikon Malaysia" ini sekali lagi menjadi pilihan bagi setiap pengguna di Malaysia seperti model-model Kriss terdahulu.

“Ciri-ciri tambahan yang disertakan menjadikan varian Kriss 110 Disc Brake sebagai salah satu pilihan terbaik untuk pembeli motosikal pertama yang mencari jentera yang boleh dipercayai dan mudah dikendalikan.

"Ia dilengkapi dengan jaminan dua tahun atau 20,000km, atau yang mana terdahulu, diperakui EEV dan sepenuhnya mematuhi piawaian pelepasan Euro 3. Saya percaya bahawa dengan harga dan peningkatan keselamatan dan gaya baharu, kami mempunyai pemenang di tangan kami,” katanya.

Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877! 06

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda