window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Moratorium boleh tingkatkan permintaan kereta baru, kurangkan beban industri - Peniaga Perodua

Mersita · Jul 6, 2021 04:00 PM

 

Moratorium boleh tingkatkan permintaan kereta baru, kurangkan beban industri - Peniaga Perodua 01

Moratorium enam bulan yang diumumkan oleh Kerajaan di bawah inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (Pemulih) baru-bpaparu ini boleh menggalakkan pembelian serta menaikkan jualan kereta.

Ini adalah kerana moratorium tersebut akan membantu memulihkan aliran tunai di kalangan konsumer, ditambah lagi dengan diskaun cukai servis dan jualan SST yang ditawarkan sehingga 31 Disember 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Moratorium boleh tingkatkan permintaan kereta baru, kurangkan beban industri - Peniaga Perodua 01

Perodua Malaysia Distributors Association, Khairul Nizam Ayob memberitahu The Malaysian Reserve (TMR) yang model-model kereta di julat pasaran terbuka akan mendapat faedah paling banyak dari moratorium pinjaman tersebut walaupun inisiatif bayaran balik pinjaman ini ditawarkan kepada peminjam dari semua kategori pendapatan.

Baca juga: Subsidi bahan api RM 6 bilion, 6 bulan lanjutan moratorium – bantuan Pemulih

Moratorium boleh tingkatkan permintaan kereta baru, kurangkan beban industri - Peniaga Perodua 02

Beliau berkata moratorium pinjaman ini boleh memacu permintaan lebih tinggi bagi kenderaan persendirian – serupa seperti fenomena pertumbuhan jumlah pendaftaran kereta baharu pada separuh kedua tahun lalu yang juga dipacu oleh pengecualian SST.

“Inisiatif ini amat berguna untuk golongan berpendapatan rendah supaya mereka boleh membeli kereta dalam situasi masa kini.

Moratorium boleh tingkatkan permintaan kereta baru, kurangkan beban industri - Peniaga Perodua 03

“Kebanyakan penjual kereta juga sedang beralih ke pemasaran digital walaupun maklumbalas dari orang awam akan memakan masa. Namun, jumlah tempahan secara konsistennya dipacu oleh pengecualian SST,” ujar Khairul Nizam kepada TMR.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari, berkata moratorium pinjaman ini memberikan kelangsungan hidup bagi golongan terdedah ketika pandemik untuk bertahan dalam kesusahan ekonomi, dan pada masa sama mengukuhkan asas bagi pemulihan semula dalam pasaran automotif bagi beberapa bulan mendatang.

Moratorium boleh tingkatkan permintaan kereta baru, kurangkan beban industri - Peniaga Perodua 04

Beliau berkata peruntukan ini boleh jadi salah satu komponen penting - selain daripada pengecualian SST - bagi menghidupkan semula sektor ini sejurus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan dan konsumer bersedia untuk mengambil peluang daripada skim-skim yang ditawarkan.

Baca juga: Moratorium Pemulih: Buat aduan jika pihak bank kenakan faedah berganda, denda lewat bayar

Moratorium boleh tingkatkan permintaan kereta baru, kurangkan beban industri - Peniaga Perodua 05

“Pengecualian SST telah memainkan peranan penting dalam memelihara permintaan industri memandangkan jumlah jualan kenderaan melepasi kadar setengah juta pada penghujung tahun lalu,” ujar beliau.

Beliau menambah, jaminan kewangan membantu memelihara tahap motivasi dan kebolehtahanan rakyat yang terkesan supaya mereka masih boleh meneruskan aktiviti ekonomi setelah pandemik ini mula surut di kemudian hari.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda