window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Moto Morini X-Cape 650 hampiri tarikh pelancaran di Eropah, harga RM 36k!

Khairil ยท Aug 25, 2021 04:00 PM

Moto Morini X-Cape 650 hampiri tarikh pelancaran di Eropah, harga RM 36k! 01

Motosikal 'Adventure' rekaan Itali namun milik syarikat China, Moto Morini X-Cape 650 bakal memasuki bilik pameran seluruh Eropah bermula pada Oktober tahun ini dengan harga pengenalan menarik 7,290 Euro (RM 36,062).

Sejak dipertontonkan di pameran EICMA 2019, Moto Morini X-Cape 650 mendapat respon yang positif terutama menerusi rekaannya yang menarik. Spesifikasinya kemudian didedahkan ketika majlis pelancaran, Mei lalu.

Moto Morini X-Cape 650 hampiri tarikh pelancaran di Eropah, harga RM 36k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berikutan produksi motosikal jenama Itali berkenaan dibuat di negara Tembok Besar, ia kini menawarkan jentera pada harga yang lebih kompetitif berbanding pencabarnya yang lain.

Moto Morini X-Cape 650 hampiri tarikh pelancaran di Eropah, harga RM 36k! 01

Ketika ini, trend pasaran untuk motosikal 'Adventure' kelas pertengahan sedang meningkat terutama di Eropah dengan pelbagai jenama berlumba-lumba menawarkan model terhebat masing-masing antaranya Yamaha menerusi Tenere 700 dan terbaharu, Aprilia Tuareg 660.

Juga baca: Aprilia pertonton Tuareg 660, 'saudara' RS, Tuono 660 dengan rekaan 'minimal', 80 Hp, 70 Nm!

Moto Morini X-Cape 650 hampiri tarikh pelancaran di Eropah, harga RM 36k! 02

Dari sudut trenkuasa, Moto Morini X-Cape 650 menggunakan enjin bersesaran 649 cc, 2 Silinder, 8 Injap, Penyejuk Cecair, DOHC, Suntikan Bahan Api Bosch EFI dan patuh piawaian emisi Euro 5. Kuasa yang dihasilkan kira-kira 60 Hp pada 8,250 rpm dan tork 56 Nm pada 7,000 rpm.

Moto Morini X-Cape 650 hampiri tarikh pelancaran di Eropah, harga RM 36k! 03

Suspensi menggunakan fork Marzocchi 50 mm boleh laras dan penyerap hentak tunggal KYB di belakang. Sistem henti menggunakan cakera berkembar 298 mm (depan) dan cakera tunggal 255 mm (belakang) bersama kaliper 2 piston Brembo bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dari Bosch.

Moto Morini X-Cape 650 hampiri tarikh pelancaran di Eropah, harga RM 36k! 04

Selain rekaan menarik dan futuristik, ciri-ciri menarik Moto Morini X-Cape 650 lain termasuklah penggunaan panel meter digital LCD, lampu LED.

Moto Morini X-Cape 650 hampiri tarikh pelancaran di Eropah, harga RM 36k! 05

Sebagai perbandingan, Yamaha Tenere 700 ketika pelancarannya dijual pada harga 9,699 Euro (RM 47,977).

Juga baca: Husqvarna rancak siar video 'teaser' Norden 901, motosikal 'Adventure' Sweden hampiri pelancaran!

Moto Morini X-Cape 650 hampiri tarikh pelancaran di Eropah, harga RM 36k! 06

Tempahan untuk Moto Morini sudah pun dibuka di pengedar Itali. Selain versi Standard, Moto Morini juga akan mengeluarkan versi 'Street' yang lebih murah menggunakan rim aloi pada harga 7,090 Euro (RM 35,075).

Moto Morini X-Cape 650 hampiri tarikh pelancaran di Eropah, harga RM 36k! 07

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Red Passion Grey, Smoky Anthracite White, Carrara White.

Spesifikasi teknikal lain adalah seperti berikut:

  • Panjang x lebar x tinggi: 2190x905x1390 (mm)
  • Jarak antara roda: 1470 mm
  • Berat kasar: 213 kg
  • Tinggi pelana: 820mm/845mm
  • Tangki bahan api: 18 liter
  • Jarak lega: 175 mm
  • Set roda:  110/80-19M/C (depan), 150/70-17M/C (Belakang)

Moto Morini X-Cape 650 hampiri tarikh pelancaran di Eropah, harga RM 36k! 08

Tidak diketahui motosikal milik konglomerat Zhejiang Chunfeng ini akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak namun ia bukan sesuatu yang mustahil.

Sumber: Rideapart

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda