window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aprilia pertonton Tuareg 660, 'saudara' RS, Tuono 660 dengan rekaan 'minimal', 80 Hp, 70 Nm!

Khairil ยท Aug 3, 2021 09:00 AM

Aprilia pertonton Tuareg 660, 'saudara' RS, Tuono 660 dengan rekaan 'minimal', 80 Hp, 70 Nm! 01

Syarikat pengeluar motosikal terkemuka Itali, Aprilia akhirnya mendedahkan imej motosikal 'Adventure' pertengahan jenama itu, Aprilia Tuareg 660 yang dijangka menjadi pencabar hebat dalam kelasnya.

Juga baca: Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia!

Seperti model 'Sportbike' RS 660 dan 'Naked' Tuono 660 yang menerima sambutan memberangsangkan, Tuareg 660 adalah model ketiga dari Aprilia yang menggunakan platform sama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Aprilia pertonton Tuareg 660, 'saudara' RS, Tuono 660 dengan rekaan 'minimal', 80 Hp, 70 Nm! 01

Digambarkan sebagai 'Jentera konsep Aprilia yang paling maju setakat ini', Tuareg 660 menawarkan pelbagai teknologi canggih dan moden yang bakal membuatkan pencabarnya tidak senang duduk.

Aprilia pertonton Tuareg 660, 'saudara' RS, Tuono 660 dengan rekaan 'minimal', 80 Hp, 70 Nm! 02

Menggunakan enjin yang sama seperti RS 660 dan Tuono 660, begitupun Aprilia menala semula trenkuasa Tuareg 660 yang menghasilkan 80 Hp dan tork puncak pada 70 Nm.

Dari sudut reka bentuk, Aprilia Tuareg 660 jelas tidak keterlaluan namun masih mengekalkan DNA jenama Itali itu yang ekslusif.

Juga baca: Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900!

Aprilia pertonton Tuareg 660, 'saudara' RS, Tuono 660 dengan rekaan 'minimal', 80 Hp, 70 Nm! 03

Seperti model terkini keluaran Aprilia, Tuareg 660 juga dipadankan dengan sistem canggih APRC (Aprilia Performance Ride Control) yang memberikan jentera berkenaan lebih dinamik di laluan bertar.

Aprilia pertonton Tuareg 660, 'saudara' RS, Tuono 660 dengan rekaan 'minimal', 80 Hp, 70 Nm! 04

Selain itu, ia turut memiliki 4 mod tunggangan dengan 2 daripadanya boleh diubah mengikut selera pemilik.Sekalipun mempunyai Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), ia boleh dinyah aktif untuk kedua-dua roda atau roda belakang sahaja bagi mendapatkan keseronokan di laluan lasak.

Juga baca: Aprilia timbang 'hidupkan' semula Pegaso, henti pengeluaran Shiver, Dorsodoro!

Aprilia pertonton Tuareg 660, 'saudara' RS, Tuono 660 dengan rekaan 'minimal', 80 Hp, 70 Nm! 05

Ciri-ciri canggih lain yang turut dipadankan ialah Sistem Kawalan Traksi, Kawalan Jelajah, Pemetaan Enjin dan Brek Enjin dan kesemuanya boleh dikawal menerusi panel meter berwarna TFT 5 inci.

Ciri-ciri lain:

  • Berat 187 kg
  • Kapasiti tangki minyak 18 liter
  • Jarak lega tanah 240 mm
  • Tinggi pelana 860 mm

Aprilia pertonton Tuareg 660, 'saudara' RS, Tuono 660 dengan rekaan 'minimal', 80 Hp, 70 Nm! 06

Sistem suspensi pula menggunakan fork jenis terbalik (USD) 43 mm boleh laras di depan dan monoshock boleh laras. Saiz roda pula ialah 21 inci di bahagian depan dan 18 inci (belakang).

Juga baca: Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan!

Aprilia pertonton Tuareg 660, 'saudara' RS, Tuono 660 dengan rekaan 'minimal', 80 Hp, 70 Nm! 07

Setakat ini, tidak dapat dipastikan bila Aprilia akan melancarkan Tuareg 660 secara rasmi namun berdasarkan jangkaan, jentera yang menjadi pencabar utama Yamaha Tenere 700 dan KTM 890 Adventure ini mungkin tidak mengambil begitu banyak masa.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda