window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MPKj PBT pertama guna kaedah ELV, kitar semula kenderaan buruk dan terbiar di Malaysia

Mersita ยท Nov 22, 2021 07:30 PM

MPKj PBT pertama guna kaedah ELV, kitar semula kenderaan buruk dan terbiar di Malaysia 01

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah melancarkan Kaedah End Life Vehicle (ELV) bagi mengatasi masalah lambakan kenderaan buruk dalam satu projek rintis kerjasama pintar bersama Car Medic Sdn. Bhd. pada Khamis lalu.

Yang Dipertua MPKj, Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, berkata ELV ialah satu proses kitar semula kenderaan yang tertakluk pada tahap pematuhan standard yang ketat dan pada masa sama menekankan kelestarian alam sekitar.

MPKj PBT pertama guna kaedah ELV, kitar semula kenderaan buruk dan terbiar di Malaysia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proses ini juga melibatkan peleraian komponen kenderaan secara teratur mengikut kaedah SW422 (piawaian Jabatan Alam Sekitar). Komponen yang tidak dapat dikitar semula akan dihantar ke Kualiti Alam atau Pentas Flora untuk proses rawatan lanjut, katanya lagi.

MPKj PBT pertama guna kaedah ELV, kitar semula kenderaan buruk dan terbiar di Malaysia 01

Difahamkan setakat ini, Car Medic Sdn. Bhd. ialah satu-satunya syarikat yang telah dilesenkan untuk menjalankan proses ini dan ia dirancang untuk dimulakan pada 1 Disember nanti. MPKj juga menjadi PBT pertama di Malaysia untuk menjalankan kaedah ELV bagi menangani masalah lambakan kenderaan buruk.

MPKj PBT pertama guna kaedah ELV, kitar semula kenderaan buruk dan terbiar di Malaysia 02

“Melalui kerjasama pintar ini, Car Medic akan menunda semua kenderaan buruk iaitu kereta, bas, lori, kenderaan perdagangan dan kenderaan berat yang telah dinotis oleh MPKj ke depoh simpanan kenderaan buruk di Bandar Baru Bangi.

“Selepas selesai proses lucut hak dan perundangan maka kenderaan ini ditunda semula ke depoh Car Medic untuk proses ELV,” katanya kepada portal Malaysia Gazette.

MPKj PBT pertama guna kaedah ELV, kitar semula kenderaan buruk dan terbiar di Malaysia 03

Menurut beliau, pihak MPKj mempunyai tiga buah trak tunda konvensional yang mampu menunda antara 40 hingga 50 kenderaan sahaja dalam tempoh sebulan. Kenderaan terbiar yang ditinggalkan di kawasan sempit dan kebanyakannya di kawasan belukar dan perumahan juga menyukarkan kerja-kerja menunda.

MPKj PBT pertama guna kaedah ELV, kitar semula kenderaan buruk dan terbiar di Malaysia 04

“Pihak Car Medic mempunyai keupayaan untuk menyediakan lori kren dan kerja-kerja penundaan kenderaan buruk akan menjadi lebih mudah dan sistematik. Aduan yang melibatkan kenderaan berat seperti bas, lori dan kenderaan perdagangan lain ditunda tanpa melibatkan sebarang kos,” tambahnya.

Dengan kaedah lebih mesra alam ini, ELV diharap dapat menyelesaikan masalah lambakan kenderaan buruk dan terbiar jika diaplikasikan oleh PBT di seluruh negara.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda