window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nombor plat seragam diwajibkan di Vietnam, tapi pemandunya pula banyak akal!

Mersita ยท Jan 7, 2021 04:00 PM

Nombor plat seragam diwajibkan di Vietnam, tapi pemandunya pula banyak akal! 01

Pada minggu lepas, kami kongsi bagaimana negara ASEAN lain seperti Vietnam, China dan Indonesia yang sudahpun menguatkuasakan nombor plat seragam dan lalulintas di jalan raya dipantau oleh kamera pengesan nombor plat automatik (ANPR). Oleh itu, persoalan yang timbul adalah mengapa Malaysia belum lagi menguatkuasakan nombor plat seragam bagi mencegah pelbagai kesalahan lalu lintas dan kes curi kenderaan?

Kami sedar tak semua sistem pemantauan itu sempurna. Ia cuma boleh bantu mengetatkan lagi undang-undang supaya kes-kes boleh diselesaikan dengan cekap dan pantas. Merujuk kepada hal ini, negara seperti Vietnam yang sudah menguatkuasakan peraturan nombor plat seragam bagi tujuan pemantauan masih lagi mengalami masalah.

Nombor plat seragam diwajibkan di Vietnam, tapi pemandunya pula banyak akal! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

AutoPro, satu media automotif dari Vietnam melaporkan tentang ramai pemandu yang menutup nombor plat kenderaan mereka bagi mengelak daripada dikesan oleh sistem kamera pemantau di lebuh raya Noi Bai - Lao Cai yang mula dikuatkuasakan sejak hujung tahun 2016 di sana. Mereka menutup nombor plat menggunakan pita hitam, ada juga yang menggunakan nombor plat diubahsuai dan palsu bagi memasuki laluan trafik awam.

Nombor plat seragam diwajibkan di Vietnam, tapi pemandunya pula banyak akal! 01

Media Vietnam itu berhubung dengan Timbalan Ketua Pasukan Kawalan dan Rondaan Noi Bai - Lao Cai Expressway iaitu Mejar Dao Hong Minh bagi mendapatkan maklumat lanjut. Beliau memberitahu yang pada sistem kamera pemantauan yang dipasang sepanjang lebuh raya tersebut, kereta-kereta mahal seperti Toyota, Ford, Mazda dan sebagainya didapati menukar nombor plat mereka bagi mengelak daripada didakwa ketika melakukan kesalahan lalu lintas.

Nombor plat seragam diwajibkan di Vietnam, tapi pemandunya pula banyak akal! 02

Apabila kereta-kereta ini dikesan dan sudah tiba di plaza tol, mereka menukar semula nombor plat tersebut serta mencabut pita hitam yang dilekat bagi mengelak dari ditangkap.

Beliau juga menambah yang masalah penguatkuasaan ini timbul kerana lebuh raya tersebut sangat panjang dan mempunyai banyak simpang keluar, tapi cuma ada dua pasukan yang menjaga plaza tol pada pintu masuk dan keluar lebuh raya. Oleh itu, ramai pemandu yang mengambil peluang ini bagi menyalahguna sistem yang telah ditetapkan.

Nombor plat seragam diwajibkan di Vietnam, tapi pemandunya pula banyak akal! 03

Noi Bai - Lao Cai Expressway. Gambar: Real Estate Vietnam.com.vn

Selain dari itu, beliau berpendapat yang denda bagi kesalahan menukar/mengubahsuai nombor plat kenderaan ini adalah sangat rendah (800,000 – 1,000,000 VND) dan ia tidak cukup untuk menegah ramai pemandu daripada melakukan kesalahan. Ramai juga yang menggunakan kaedah ini bagi menjalankan aktiviti jenayah, contohnya mencuri kereta.

Dalam perkembangan lain, dtinews melaporkan yang sejumlah 110 kamera pemantau telah dipasang di sepanjang lebuh raya berukuran 265 km tersebut pada pertengahan tahun lepas.

Nombor plat seragam diwajibkan di Vietnam, tapi pemandunya pula banyak akal! 04

Nombor plat Malaysia

Oleh itu, pada hemat anda, adakah pelaksanaan undang-undang lalu lintas di Malaysia cukup kuat dan padu bagi memulakan pula sistem yang baru seperti ini? Ya, ia mungkin akan mengambil masa yang lama bagi menyempurnakan sistem ini di negara kita. Peruntukannya juga pasti besar, terutama sekali kos bagi memasang kamera yang mencukupi serta menjawat pasukan bagi memantau kesalahan sebegini.

Seperti yang kami bincangkan di dalam artikel terdahulu, sudah 20 tahun berlalu tanpa sebarang khabar berita terbaru tentang penggunaan nombor plat seragam di Malaysia. Usul bagi perkara ini tenggelam timbul, dan sehingga kini kita masih lagi menggunapakai sistem konvensional yang tidak cukup cekap bagi menyelesaikan kes-kes kecurian kenderaan dan sebagainya.

Nombor plat seragam adalah undang-undang asas bagi sistem trafik di sesebuah negara, mengapa masih belum ada langkah permulaan sekurang-kurangnya?

Sumber: AutoPro

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda